Envision Lancar Dubhe, Bentuk Sistem Tenaga AI dengan Model Asas Tenaga Pertama Dunia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Envision Lancar Dubhe, Bentuk Sistem Tenaga AI dengan Model Asas Tenaga Pertama Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Envision memperkukuh sistem tenaga boleh baharu dengan pelancaran Dubhe, model asas tenaga yang membentuk sistem tenaga AI.

ABU DHABI, UAE, 16 Januari 2026 /PRNewswire/ — Envision, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, mengumumkan pada hari ini pelancaran Dubhe, Model Asas Tenaga rintis yang direka untuk membentuk sistem AI Fizikal yang terbesar di dunia – sistem tenaga AI.

Diilhamkan oleh Dubhe, bintang panduan Biduk (Big Dipper) yang membantu umat manusia bernavigasi melalui Bintang Utara selama beribu-ribu tahun, Model Asas Tenaga Dubhe diperkenalkan oleh Lei Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Envision, semasa berlangsungnya Minggu Kelestarian Abu Dhabi.


Dubhe berperanan sebagai teras dalam seni bina AI Fizikal Envision, menganalisis aliran data tenaga dunia sebenar yang luas bagi mengatur penjanaan, storan, grid dan tuntutan sumber boleh baharu pada masa nyata. Dengan memanfaatkan sumber boleh baharu yang amat banyak dan memacu kos ke arah paras marginal hampir sifar, Dubhe mengupayakan sistem tenaga diskalakan seiring dengan AI—memenuhi tuntutan tenaga yang belum pernah terjadi sebelumnya yang dikenakan oleh AI terhadap infrastruktur global.

"Selama berabad-abad, Dubhe memberi panduan kepada umat manusia melalui langit malam. Hari ini, Dubhe menjadi bintang panduan era AI—membentuk sistem tenaga AI dengan asas yang tidak terhingga, pintar dan murah, lalu menyokong kemakmuran tamadun baharu," kata Lei.

Membentuk Sistem Tenaga AI: Daripada Model Bahasa Besar kepada Kecerdasan Buatan Fizikal

Walaupun model bahasa besar mentransformasikan dunia digital, Envision percaya lonjakan yang seterusnya terletak pada Kecerdasan Buatan Fizikal—AI yang mengawal secara langsung sistem fizikal yang penting untuk kemandirian dan kemakmuran hidup manusia.

Dubhe turut beroperasi bersama Tianji, model asas cuaca berskala besar Envision. Memandangkan tenaga boleh baharu bergantung pada cuaca, Tianji menyediakan kecerdasan prediktif yang membolehkan AI Fizikal meramalkan dan bertindak balas kepada keragaman yang didorong oleh cuaca bagi memastikan sistem tenaga beroperasi dengan cekap dan andal secara meluas.

"Model bahasa memahami perkataan. AI fizikal memahami dunia. Tenaga pula merupakan asas bagi semua sistem," kata Lei. "Ini bukan sekadar peralihan tenaga. Ia merupakan peningkatan tamadun bagi meletakkan asas untuk kemakmuran insan dalam sempadan planet."

Perkongsian Strategik bersama Masdar untuk Memajukan Penggunaan Sistem Tenaga AI

Envision turut menandatangani perjanjian kerjasama yang strategik bersama Masdar, pejuang tenaga bersih UAE untuk bersama-sama memperkenalkan Sistem Tenaga AI yang berorientasikan masa depan. Majlis penandatanganan perjanjian disaksikan oleh TYT Dr Sultan Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC, Pengerusi Masdar, seiring bersama Lei Zhang.


Menurut perjanjian ini, Masdar mengiktiraf Envision sebagai rakan strategik dalam sektor teknologi tenaga boleh baharu, termasuk kuasa angin, storan tenaga dan hidrogen hijau untuk bersama-sama memajukan penggunaan sistem tenaga AI yang berskala besar dan mempercepat peralihan tenaga global.

Latar Belakang Envision  

Envision ialah sebuah syarikat teknologi hijau terkemuka di dunia yang menyediakan penyelesaian tenaga boleh baharu untuk perusahaan, kerajaan dan institusi global. Mencakupi tiga sektor perniagaan yang utama – Turbin Angin Pintar, Storan Tenaga dan Penyelesaian Hidrogen Hijau, Envision membina penyelesaian yang komprehensif secara kolaboratif bagi mencapai transformasi tenaga.

Envision menerima beberapa anugerah atas prestasi kelestariannya, termasuk Pingat Emas EcoVadis dan CDP "A-List". Ia juga diiktiraf dalam senarai "Change the World" Fortune dan disenaraikan antara 10 syarikat paling pintar teratas oleh MIT Technology Review.

Hari ini, Envision memanfaatkan rangkaian pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kejuruteraan globalnya di seluruh Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman, Denmark, China dan sebagainya untuk terus-menerus memimpin pembangunan teknologi hijau global. Envision menyertai inisiatif Science Based Targets initiative (SBTi) dan komited untuk mencapai "Cita-cita Perniagaan untuk 1.5°C" pada tahun 2021. Ia mencapai keneutralan karbon dalam seluruh operasi globalnya menjelang tahun 2022 dan akan mencapai keneutralan karbon merentas rantaian nilainya menjelang tahun 2028.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi envision-group.com.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864313_MS64313_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI