Daripada Idea kepada Cetakan: Creality SPARKX i7 Diperkenalkan Julung Kali di CES 2026 untuk Pencipta Harian - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Daripada Idea kepada Cetakan: Creality SPARKX i7 Diperkenalkan Julung Kali di CES 2026 untuk Pencipta Harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS, 8 Januari 2026 /PRNewswire/ — Pada hari pembukaan CES 2026, Creality, peneraju bertaraf global dalam industri pencetakan 3D memperkenalkan pameran yang komprehensif di reruainya (Venetian 54359) bagi mempersembahkan produk-produk ciptaan atas meja baharu berserta pemasangan interaktif dan paparan model pilihan. Pameran ini mengetengahkan kemajuan terkini oleh Creality dalam pemfabrikatan pintar didayakan AI, lalu memperlihatkan sejauh mana teknologi penciptaan 3D yang canggih menjadi lebih mudah dicapai, intuitif dan benar-benar sejajar dengan senarai tindakan kreatif harian.

Creality‘s Booth 54359 in Venetian at CES2026
Creality‘s Booth 54359 in Venetian at CES2026

 

SPARKX i7
SPARKX i7

SPARKX i7 membuat penampilan sulung secara rasminya di CES, menonjol dengan elemen pencahayaan yang kemas dan diperhalusi yang memaparkan nilai estetik pencetak atas meja yang mesra dan moden. Sebagai penampilan awam pertamanya, kemunculan sulung ini turut menyaksikan pelancaran rasmi i7 yang mempersembahkan pengalaman pencetakan 3D yang dipermudah dan sedia digunakan yang direka untuk pencipta harian.

SPARKX i7 menggabungkan beberapa ciri utama, termasuk hotend tukar pantas bagi penyelenggaraan yang mudah, mekanisme perubahan warna yang direka bentuk semula dan sistem filamen empat warna yang dapat mengurangkan pembaziran bahan dengan ketara. Keupayaan dikuasakan AI meningkatkan lagi pengalaman ini, menyokong penjanaan model pintar, pencetakan berbantu dan operasi mudah alih pada masa nyata. Susulan kemunculannya di CES, prapesanan untuk i7 kini dibuka di Amerika Utara, dengan kebolehdapatan global dalam masa terdekat.

Di samping SPARKX i7, Creality turut mempamerkan produk-produk teras yang lain daripada ekosistem penciptaan atas mejanya yang meliputi pencetakan 3D, ukiran laser, pengimbasan 3D dan alatan penciptaan dikuasakan AI. Sorotan termasuk Pencetak 3D Ender-3 V4, evolusi yang seterusnya bagi siri ikonik dan paling laris terjual daripada Creality; Pengukir Laser Falcon T1, sistem laser 5-dalam-1 yang pertama di dunia; Pengimbas 3D Sermoon P1 yang menggabungkan ketepatan laser-biru dengan sambungan Wi-Fi 7; dan CubeMe, fungsi AI baharu daripada Creality Cloud yang membolehkan pengguna menjana model-model 3D diperibadikan daripada satu foto dalam beberapa minit.

Reruai CES Creality menggabungkan pemasangan interaktif berskala besar dengan pameran model setempat bagi mewujudkan suasana yang sangat menarik. Mesin layan diri kapsul gergasi mengundang pengunjung untuk berinteraksi dan memenangi hadiah bercetak 3D. Pada masa yang sama, model-model pilihan yang diilhamkan oleh budaya pembuat Amerika dan papan tanda bercahaya ala Las Vegas memperlihatkan kemungkinan kreatif pencetakan 3D atas meja yang meliputi warna, bahan dan kesan.

Dengan CES yang masih berlangsung, reruai 54359 Creality di Venetian masih dibuka kepada pengunjung yang ingin meneroka produk terkini dan pengalaman langsungnya. Melalui pameran CES, Creality mengetengahkan usahanya yang berterusan dalam menjadikan pencetakan 3D lebih mudah dicapai oleh pencipta harian dalam landskap elektronik pengguna yang lebih luas.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4858868_MS58868_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI