CGTN: China, ROK perteguh pertukaran demi kebajikan wanita dan kanak-kanak - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

CGTN: China, ROK perteguh pertukaran demi kebajikan wanita dan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, 8 Januari 2026 /PRNewswire/ — CGTN menerbitkan sebuah artikel yang memfokuskan untuk memperteguh pertukaran China-ROK dalam hal kebajikan wanita dan kanak-kanak. Mengetengahkan perbualan santai antara Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping dan Kim Hea Kyung, isteri Presiden ROK Lee Jae Myung, artikel ini menggariskan pencapaian domestik China yang mengagumkan dan komitmen teguh terhadap perjuangan global.

Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, berbual-bual sambil minum teh bersama Kim Hea Kyung, isteri Presiden Republik Korea (ROK) Lee Jae Myung di Beijing pada hari Isnin. Kim mengiringi Presiden Lee dalam lawatan negara pertamanya ke China.

Semasa mereka berbual-bual, kedua-duanya bertukar-tukar pandangan mengenai pertukaran sesama rakyat dan berkongsi kebimbangan berhubung pembangunan wanita dan kanak-kanak. Peng mengetengahkan kepentingan hubungan sesama rakyat yang erat dalam hubungan antara negara dan turut menyatakan harapan agar kedua-dua rakyat akan memperkukuh sifat saling memahami melalui interaksi yang lebih kerap. Kim memuji dedikasi jangka panjang Peng untuk memajukan kebajikan wanita dan kanak-kanak serta menyuarakan kesediaannya untuk meningkatkan lagi pertukaran dua hala dalam bidang ini.

Tumpuan bersama ke atas pembangunan kanak-kanak ini turut disuarakan pada peringkat kerajaan pada hari yang sama, dengan China dan ROK menandatangani memorandum persefahaman bagi tujuan melindungi hak kanak-kanak dan menggalakkan kesejahteraan mereka. Disaksikan oleh pemimpin kedua-dua negara, perjanjian berkenaan menggariskan kolaborasi melalui dialog dasar, pertukaran kakitangan serta program pembinaan kapasiti.

Bagi Peng, kebajikan wanita dan kanak-kanak sudah lama menjadi tumpuan utama kerjanya. Pada tahun 2014, beliau dinamakan sebagai Utusan Khas UNESCO bagi Kemajuan Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita demi mengiktiraf usaha beliau dalam memperkasakan kanak-kanak perempuan dan wanita melalui pendidikan yang berkualiti. Pada tahun 2023, beliau melancarkan secara bersama inisiatif "Warm Children’s Hearts, a China-Africa Joint Action" bersama Organization of African First Ladies for Development yang menyediakan bantuan berkaitan kesihatan kepada kanak-kanak di lebih 50 negara di seluruh Afrika.

Komitmen China yang lebih luas

Usaha China yang meluas untuk memajukan pembangunan wanita dan kanak-kanak menetapkan penanda aras yang menjadi ikutan bagi mencapai kemajuan global dalam bidang ini. Negara ini disenaraikan antara negara-negara berpendapatan sederhana tinggi yang berprestasi tinggi pada peringkat global dari segi penunjuk kesihatan ibu dan anak yang utama, seperti kadar kematian ibu, bayi dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengiktiraf China sebagai salah satu daripada 10 negara berprestasi tinggi bagi hasil kesihatan ibu dan anak.

Pada peringkat antarabangsa, China mendedahkan komitmen tambahan bagi menyokong pembangunan wanita global. Di Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing pada Oktober 2025, Presiden Xi mengumumkan beberapa inisiatif baharu: Dalam tempoh lima tahun akan datang, China akan mendermakan sebanyak $10 juta lagi kepada UN Women dan menguntukkan kuota sebanyak $100 juta dalam Global Development and South-South Cooperation Fund China bagi melaksanakan projek-projek kerjasama pembangunan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan dengan kerjasama organisasi-organisasi antarabangsa. Negara ini juga akan menyokong 1,000 program mata pencarian "kecil dan cantik" yang menjadikan wanita dan kanak-kanak perempuan sebagai benefisiari yang diberi keutamaan, selain mengundang seramai 50,000 wanita ke China untuk mengikuti program pertukaran dan latihan serta menubuhkan Global Center for Women’s Capacity Building, menurut presiden China.

Sumbangan daripada China mendapat pengiktirafan daripada organisasi-organisasi antarabangsa. Amakobe Sande, Wakil UNICEF ke China menyatakan bahawa China melakar kemajuan yang luar biasa dalam meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di Selatan Global melalui pelbagai program kerjasama pembangunan. Gertrude Mongella, setiausaha agung Persidangan Dunia Keempat mengenai Wanita, memuji China sebagai peserta dan penyumbang yang penting kepada pembangunan wanita global, hasil daripada kerjasama berorientasikan hasil yang praktikal.

https://news.cgtn.com/news/2026-01-06/China-ROK-to-strengthen-exchanges-on-welfare-for-women-and-children-1JIuMEvu144/p.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4858075_MS58075_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI