Astronergy Peroleh EcoVadis Platinum Peringkat Kumpulan, Tersenarai Kedudukan 1% TERATAS Global - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Astronergy Peroleh EcoVadis Platinum Peringkat Kumpulan, Tersenarai Kedudukan 1% TERATAS Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU, China, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Dalam keputusan penilaian kelestarian terkini yang diumumkan oleh EcoVadis, Astronergy mencapai skor luar biasa iaitu 86 dan melayakkannya memperoleh penarafan "Platinum" bagi Peringkat Kumpulan dan menjadikan Astronergy sebagai syarikat pertama dalam industri PV China yang menerima pensijilan ini. Ini juga merupakan penghormatan kelestarian tertinggi yang dianugerahkan oleh EcoVadis yang menyenaraikan Astronergy pada kedudukan 1% TERATAS daripada semua syarikat yang diberi penarafan di peringkat global!

EcoVadis Platinum at Group Level_Astronergy
EcoVadis Platinum at Group Level_Astronergy

Menerusi empat skop penilaian, Astronergy memperoleh skor yang cemerlang: 90 dalam Alam Sekitar, 85 dalam Buruh & Hak Asasi Manusia, 87 dalam Etika dan 83 dalam Perolehan Lestari. Keputusan ini mengetengahkan keupayaan kelestarian Astronergy yang utama dalam industri ini sekali gus memantapkan peranannya sebagai penanda aras global bagi pembuatan PV yang bertanggungjawab dan tadbir urus rantaian bekalan.

"Pengiktirafan ini menggambarkan komitmen Astronergy yang terjalin sejak dahulu lagi terhadap kelestarian dalam keputusan strategik kami, tadbir urus korporat, pembuatan serta pengurusan rantaian bekalan," kata Haiyang Huang, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Kelestarian di Astronergy. Beliau menambah, "Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, kami akan terus memperkukuh pengurusan produk kitaran hayat penuh dan membina rantaian bekalan yang lebih telus dan boleh dikesan. Melalui usaha ini, kami menyasarkan untuk menyumbang kepada peralihan tenaga global dan pertumbuhan industri PV yang lestari."

Astronergy memperkenalkan prinsip-prinsip ESG secara mendalam ke dalam strategi jangka panjang dan operasi perniagaannya. Pada tahun 2023, syarikat ini memperkenalkan Strategi Kelestariannya yang menggariskan hala tuju yang jelas dan menyatakan komitmen untuk mencapai keneutralan karbon dalam seluruh rantaian nilai menjelang tahun 2050.

Secara praktiknya, Astronergy mengambil langkah-langkah bermakna bagi mencapai matlamat ini. Kedua-dua Tapak Pembuatan Yancheng dan Jiuquan memperoleh pensijilan Kilang Karbon-Sifar. Bagi mempercepat lagi kemajuannya, syarikat ini terlibat secara aktif dengan organisasi-organisasi dan inisiatif-inisiatif kelestarian global, seperti inisiatif Forward Faster UN Global Compact, inisiatif Science Based Target (SBTi) dan Sustainable Fuel Alliance Initiative.

Memandang ke hadapan, Astronergy akan terus meningkatkan sistem pengurusan kelestariannya yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian yang lebih mesra alam dan lebih andal demi menyokong peralihan tenaga global.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4856012_MS56012_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI