SHENZHEN, China, 18 Disember 2025 /PRNewswire/ — TCL, iaitu peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna serta jenama Mini LED dan TV ultra-besar No. 1 di dunia, bakal menjadi tumpuan utama di CES 2026 menerusi pameran yang ekstensif melibatkan paparan yang paling canggih dan portfolio penuh produk pintar yang dikuasakan AI.

TCL to Display the Future with Advanced Visual Innovations and AI-Powered Product Portfolio at CES 2026
Mengubah reruainya menjadi pintu masuk ke masa depan pengalaman visual, TCL akan menunjukkan kepada pengunjung bagaimana panel paparannya yang luar biasa—merentas pelbagai saiz, kategori dan faktor bentuk—memberikan prestasi yang tiada tandingan. Kesemua ini disokong oleh TCL CSOT, peneraju bertaraf global bagi teknologi paparan termaju dan juga subsidiari TCL.
Semasa berlangsungnya acara ini, TCL juga akan memperkenalkan generasi baharu peranti paparan, mudah alih dan boleh pakai rintis. Antara sorotan pameran ini ialah teknologi SQD-Mini LED TCL yang membawakan lima kelebihan teras, termasuk Gamut Warna Luas Semua-Latar (All-Scene Wide Color Gamut,), tiada silang cakap warna, lebih banyak zon pemalapan setempat, kecerahan yang lebih tinggi dan faktor bentuk yang amat nipis. Pengunjung juga akan dapat melihat wajah pertama telefon pintar penjagaan mata dan tablet e-nota NXTPAPER terbaru, selain cermin mata AR yang bersama-sama menonjolkan keupayaan TCL yang tiada tandingan dalam memberikan pengalaman pandangan yang canggih dalam pelbagai aplikasi.
Selain kemajuan dalam teknologi paparan, syarikat ini akan mempersembahkan portfolio penuh peranti dikuasakan AI yang direka untuk membentuk masa depan kecerdasan. Pengunjung boleh meneroka kehidupan pintar AI melalui satu siri peralatan rumah, termasuk penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh dan kunci pintar, selain pengalaman hiburan AI imersif yang dibawakan oleh TV, cermin mata AR dan projektor dikuasakan AI. TCL juga akan mempamerkan kemajuan terkini dalam produktiviti dan mobiliti yang ditingkatkan oleh AI merentas peranti mudah alih, tablet dan penyelesaian ekosistem Manusia-Kenderaan-Rumah yang mendedahkan bagaimana teknologi AI TCL membentuk babak yang seterusnya dalam kehidupan seharian, pekerjaan dan juga ketersambungan.
Butiran tambahan akan didedahkan di CES 2026:
Reruai TCL CES 2026:
- Tarikh: 6 hingga 9 Januari 2026
- Lokasi: Las Vegas Convention Center, Dewan Tengah, Reruai #18604
Latar Belakang TCL
TCL ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. Kini, TCL beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia, Syarikat ini mengkhusus dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna, bermula daripada televisyen, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4849794_MS49794_6










