HAIKOU, China, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ — Laporan daripada Hainan International Media Center:
Wilayah kepulauan Hainan, selatan China melancarkan secara rasminya operasi kastam khas di seluruh pulau pada hari Khamis yang merupakan satu langkah penting dalam membangunkan Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan bagi menjadi zon perdagangan bebas peringkat tinggi yang berpengaruh di peringkat global menjelang pertengahan abad ini.
"Open to the World: The Hainan Free Trade Port"
Langkah ini, berkuat kuasa pada 18 Disember, melaksanakan sistem kawal selia khusus kastam yang ditakrifkan sebagai "akses yang lebih bebas di barisan pertama, akses yang dikawal selia di laluan kedua, aliran bebas di dalam pulau." Di bawah rangka kerja ini, barangan yang masuk antara Hainan dan negara serta wilayah luar negara sebahagian besarnya akan dikecualikan daripada prosedur kastam. Sebaliknya, pergerakan barangan dari Hainan ke tanah besar China akan dikawal selia sebagai perdagangan domestik, dengan pengawasan yang disesuaikan.
Pihak berkuasa berkata sistem baharu ini akan memudahkan proses pelepasan, mengurangkan kos pematuhan dan meningkatkan akses pasaran untuk perniagaan antarabangsa. Dasar-dasar awal termasuk tarif sifar ke atas barangan import yang layak, prosedur visa yang dipermudah untuk golongan profesional asing dan perdagangan perkhidmatan diliberalisasikan.
China memperkenalkan pelan induk untuk FTP Hainan pada tahun 2020 yang bermatlamat untuk membina pulau itu menjadi sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri Cina menjelang tahun 2025 dan pelabuhan yang matang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2035.
Perniagaan antarabangsa menunjukkan minat yang semakin meningkat. Baru-baru ini, beberapa syarikat multinasional telahpun memperluas operasi mereka di Haikou, Sanya dan Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu yang tertarik dengan dasar cukai keutamaan dan prosedur pentadbiran yang diperkemas.
Pelancaran ini menyusuli proses ujian selama berbulan-bulan di zon-zon terpilih dan penaiktarafan dalam infrastruktur pelabuhan, platform kastam digital dan mekanisme kawalan risiko. Para pegawai menegaskan bahawa walaupun dibuka dengan lebih luas, FTP akan mengekalkan kawalan ke atas barangan yang dilarang atau disekat oleh undang-undang negara.
FTP Hainan dirangka untuk menyokong strategi pembangunan dwikitaran China di samping memperteguh peranannya dalam kerjasama serantau, termasuk dengan negara-negara ASEAN di bawah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Para pemerhati menjangkakan butiran lanjut mengenai keterbukaan kewangan, tadbir urus data dan dasar bakat akan diperkenalkan pada tahun hadapan.
Nota Editor:
- Hainan meliputi keluasan kira-kira 35,100 kilometer persegi dan mencapai KDNK melebihi 793 bilion yuan pada tahun 2024.
- "Barisan pertama" merujuk kepada sempadan antara FTP Hainan dan negara/wilayah lain; "barisan kedua" merujuk kepada hubungan antara Hainan dan tanah besar China.
- Industri-industri penting yang diutamakan di FTP termasuk pelancongan, perkhidmatan moden, teknologi tinggi dan pertanian tropika berkecekapan tinggi.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4850680_MS50680_6










