CCTV+: Kerjasama Sains Pertanian China-Lao Bawakan Keputusan Baharu pada 2025 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

CCTV+: Kerjasama Sains Pertanian China-Lao Bawakan Keputusan Baharu pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, 30 Disember 2025 /PRNewswire/ — China dan Lao PDR meningkatkan kerjasama mereka dalam bidang sains dan teknologi pertanian, dengan tahun 2025 menyaksikan tahun kemajuan konkrit bermula daripada perancangan makmal hinggalah impak peringkat lapangan.


Menjadi teras bagi kolaborasi ini ialah Makmal Bersama China-Lao untuk Biokeselamatan Tumbuhan, yang diketuai secara bersama oleh Institute of Plant Protection, Chinese Academy of Agricultural Sciences (IPPCAAS) dan Jabatan Pertanian (DOA), Kementerian Pertanian dan Perhutanan (MAF), Lao PDR. Sepanjang tahun lalu, makmal bersama ini memperhalusi pengaturan tadbir urusnya, mencapai persetujuan dalam hal titik hubungan tetap di kedua-dua belah pihak dan menyediakan perjanjian tambahan berhubung radar serangga resolusi tinggi, yang kini sedang menjalani proses kawal selia Lao. Pihak Lao turut menyempurnakan susun atur fungsian bagi kemudahan makmal baharu, termasuk ruang kediaman asas untuk saintis residen, agar pasukan teknikal boleh berkhidmat dan bertindak balas di tapak.

Di lapangan, kerjasama memfokuskan pada pembinaan sistem yang dapat memenuhi keperluan petani secara langsung. Di Lao PDR tengah dan selatan, stesen perangkap cahaya pintar dipasang atur di lima wilayah pertanian teras—Vientiane, Bolikhamxay, Khammouane, Savannakhet dan Champasak—bagi memantau perosak utama pada jagung dan padi.

Demonstrasi lapangan menghubungkan alat-alat ini dengan pengeluaran harian. Di sekitar Vientiane dan di daerah-daerah berdekatan, pasukan China–Lao menyediakan plot padi dan jagung yang membandingkan pakej kawalan biologi, kawalan kimia konvensional dan pengurusan perosak bersepadu (IPM). Percubaan berganding ini membolehkan pegawai dan petani tempatan melihat bagaimana pilihan yang berbeza mempengaruhi kerugian tanaman, kos buruh dan input, serta keselamatan dan untuk memilih kombinasi yang sepadan dengan keadaan tempatan dan juga keperluan pasaran.

Pembangunan kapasiti dan komunikasi menjadi ciri-ciri utama perkongsian ini. Pada tahun 2025, pakar-pakar Cina dan Lao bersama-sama menganjurkan empat pusingan latihan amali yang dikaitkan dengan tapak pemantauan baharu yang meliputi operasi dan penyelenggaraan perangkap cahaya, pengendalian sampel, pengenalpastian perosak dan rakaman data asas, serta menjangkau lebih daripada 60 juruteknik wilayah, daerah dan barisan hadapan. Makmal bersama ini turut bekerjasama dengan National University of Laos bagi merekrut dan membimbing pelajar latihan industri tempatan, memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam penyelidikan pertanian gunaan serta pengurusan data. Bagi menjadikan kerjasama ini lebih nyata, panel paparan dwibahasa berhubung mandat makmal bersama, tapak pemantauan dan plot demonstrasi telahpun dihasilkan dan Lao National Television melaporkan hasil kerja ini melalui berita dan saluran dalam taliannya.

Perkembangan ini bersama-sama menunjukkan sejauh mana China dan Lao PDR mengubah kerjasama sains pertanian menjadi sokongan praktikal untuk tanaman yang lebih berdaya tahan dan mata pencarian luar bandar, di samping memberikan contoh berguna untuk kolaborasi serantau yang lebih luas.


 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854095_MS54095_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI