KKDW, Media Mulia edar bubur lambuk kongsi berkat Ramadan

KKDW, Media Mulia edar bubur lambuk kongsi berkat Ramadan

NOR Najihah Sukor bersama Pengarang Utusan Malaysia, Aznan Bakar mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Media Mulia Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, kelmarin. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 1,000 pek bubur lambuk diedarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk.

Ketua Unit Komunikasi Korporat KKDW, Nor Najihah Sukor berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam menyokong program kemasyarakatan khususnya dalam bulan Ramadan.

Menurut beliau, program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Ramadan, malah berperanan sebagai platform memperkukuh sinergi strategik antara agensi kerajaan, rakan media dan masyarakat secara menyeluruh.

“Program ini mencerminkan komitmen berterusan KKDW dalam menyantuni komuniti melalui pendekatan kolaboratif bersama rakan media, di samping menyemai nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat berkongsi dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui sempena Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di pekarangan pejabat Media Mulia.

Program tersebut merupakan aktiviti kemasyarakatan sempena Ramadan yang memasuki tahun keempat penganjurannya, sekali gus membuktikan komitmen berterusan pihak terlibat dalam menyantni masyarakat setempat.

Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai termasuk warga pejabat di sekitar kawasan berkeaan serta orang awam yang melalui lokasi tersebut.

Turut menerima bubur tersebut ialah wakil daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Hospital Assunta.

Tambah Nor Najihah, pemilihan juadah bubur lambuk adalah bertepatan kerana ia sinonim denganbulan Ramadan serta praktikal dari segi proses penyediaan dan edaran.

“Pemilihan juadah ini memudahkan proses edaran kepada pelbagai lapisan masyarakat, di samping mengekalkan elemen tradisi yang dekat dengan rakyat,” ujarnya

Pengagihan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar memandangka lokasi pejabat Media Mulia yang strategik serta berhampiran dengan kawasan pejabat lain, sekali gus memperluas capaian agihan kepada komuniti setempat.

“Pendekatan ini juga berfungsi sebagai medium yang signifikan dalam memelihara elemen tradisi seperti bubur lambuk, di samping mengukuhkan interaksi bersama masyarakat untuk bersama-sama menghayati keberkatan Ramadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN