SmartHeart Pet Buddies rai keunikan haiwan kesayangan

SmartHeart Pet Buddies rai keunikan haiwan kesayangan

KANOKNART Numpacharoen (dua kiri) ketika gimik pelancaran SmartHeart Pet Buddies di Lot 10, Bukit Bintang di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam kehidupan yang semakin sibuk, haiwan peliharaan sering menjadi teman setia yang memberi ketenangan emosi kepada manusia.

Kehadiran mereka bukan sekadar mengisi ruang di rumah, tetapi membawa rasa gembira dan sokongan tanpa syarat.

Hubungan istimewa antara manusia dan haiwan inilah yang menginspirasikan pengenalan SmartHeart Pet Buddies, satu konsep karakter yang meraikan personaliti unik haiwan peliharaan.

Melalui SmartHeart Pet Buddies, keunikan ini digambarkan secara kreatif menerusi lima karakter yang tersendiri:

  • Snowchi (kucing): Ikon trendsetter yang berani, yakin dan penuh gaya;
  • Max (anjing): Nadi kumpulan yang ceria, setia dan penyayang;
  • Luna (arnab): Si lembut hati yang menjadi simbol kelembutan dan sokongan emosi;
  • Tika (burung): Jiwa kreatif yang ekspresif dan spontan;
  • Pip (hamster): Kecil tetapi gagah, melambangkan keberanian dan keyakinan diri.

Pendekatan karakter ini bukan sekadar hiburan, tetapi membantu pemilik memahami bahawa setiap haiwan memerlukan perhatian dan penjagaan berbeza.

KANOKNART Numpacharoen (kiri) bersama Naib Presiden Perfect Companion Group, Jeffrey Heng (tengah) ketika menekap cop warna pada kanvas seni cop getah semasa pelancaran SmartHeart Pet Buddies di Lot 10, Bukit Bintang di sini, hari ini. – UTUSAN/SYAKIR RADIN

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect Companion Group, Kanoknart Numpacharoen berkata, pengenalan itu bukan sekadar pengenalan maskot, sebaliknya sebahagian daripada usaha membina hubungan lebih rapat dengan pemilik haiwan kesayangan.

Katanya, konsep tersebut diwujudkan bagi memperlihatkan komitmen SmartHeart dalam memenuhi keperluan pelbagai spesies haiwan yang mempunyai keperluan dan personaliti tersendiri.

“Jadi, kami mahu sebarkan bahawa SmartHeart mempunyai pelbagai spesies untuk memenuhi keperluan pengguna. Sesetengah pengguna bukan sahaja mempunyai anjing atau kucing, mereka juga mempunyai arnab, burung dan lain-lain, dan kami ada semuanya.

“Melalui Pet Buddies, kami mahu pemilik merasakan haiwan mereka juga sebahagian daripada ‘Buddies’ kami. Bukan hanya lima karakter ini, malah haiwan kesayangan anda juga adalah sebahagian daripada keluarga SmartHeart,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran SmartHeart Pet Buddies di pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, di sini hari ini.

Dalam pelancaran sama, SmartHeart turut mencipta sejarah apabila berjaya mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penghasilan karya seni cop getah terbesar sepanjang 16 kaki dengan penyertaan orang ramai dalam tempoh tiga hari.

KANOKNART Numpacharoen (dua kiri) bersama Naib Presiden Perfect Companion Group, Jeffrey Heng (tengah) ketika meraih pengiktiran Malaysia Book of Records (MBOR) Kanvas Seni Cop Getah Terbesar yang diserahkan oleh wakil MBOR, Siti Hajar (dua kanan) pada pelancaran SmartHeart Pet Buddies di Lot 10, Bukit Bintang di sini, semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN

Program tersebut berlangsung selama tiga hari iaitu pada 27 Februari hingga 1 Mac ini bermula 10 pagi hingga 10 malam di pintu masuk pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang.

Selepas pelancaran di Bukit Bintang, SmartHeart Pet Buddies akan meneruskan kembara menrusi siri jelajah yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada April sebelum diteruskan ke Johor Bahru pada Mei 2026.

Pengembaraan itu bagi mendekati lebih ramai pencinta haiwan di seluruh negara, sekali gus mencipta pengalaman dan memori indah buat pemilik bersama haiwan kesayangan.

Dalam penjagaan haiwan peliharaan, pemakanan seimbang menjadi aspek penting bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan mereka.

SmartHeart sebagai jenama nutrisi haiwan peliharaan antarabangsa menekankan penyediaan diet berkualiti tinggi yang dirumus mengikut piawaian diiktiraf.

Untuk maklumat lanjut mengenai SmartHeart serta rangkaian produk nutrisi haiwan peliharaan yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari www.perfectcompanion.com.my atau menerusi Facebook SmartHeart Cat Malaysia dan SmartHeart Dog Malaysia, serta Instagram @smartheartcat_my, @smartheartdogmy dan TikTok @smartheartcatmy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN