Untuk Memupuk Literasi Kewangan Generasi Muda
KUALA LUMPUR: Great Eastern Takaful Berhad (GETB) meneruskan komitmennya dalam memperkasa golongan muda pada tahun 2026 dengan pelancaran ‘Paw’er Up with Roarie’, sebuah inisiatif yang direka untuk memupuk literasi kewangan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 17 tahun.
Melalui program ini, Great Eastern Takaful berhasrat untuk menyediakan generasi muda dengan kemahiran pengurusan wang yang penting secara menyeronokkan dan interaktif, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai organisasi yang menitikberatkan literasi kewangan sebagai asas kepada kesejahteraan kewangan sepanjang hayat.
Program ini berada di bawah inisiatif kelestarian GREAT-Pintar, yang meletakkan fokus kepada pendidikan dan pembangunan belia.
Meneruskan kejayaan inisiatif terdahulu
seperti Program Jelajah Upcycling dan Minecraft Education Challenge, Great Eastern Takaful memperluaskan capaian melalui pelancaran ‘Paw’er Up with Roarie yang diadakan di Tropickle, Ampang.
Acara ini disertai oleh para pelanggan, orang awam, serta warga kerja Great Eastern Takaful yang turut menyaksikan perasmian program literasi kewangan ini.
Acara ini menampilkan pelbagai pertandingan menarik, sesi literasi kewangan interaktif, dan bengkel kreatif yang direka khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
Ia juga menandakan kemunculan rasmi Roarie, maskot Great Eastern Takaful yang mesra kanak-kanak dan mudah didekati oleh golongan muda. Bersama Roarie, pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, interaktif dan berkesan.
Antara tarikan utama acara ini termasuk permainan mesra keluarga seperti Family Paw-er Mission, Paw-fect Shot Score, Paw-tastic Art Corner, dan pelbagai aktiviti menarik lain.
Majlis pelancaran ini berjaya menarik kira-kira 300 peserta, mencerminkan minat dan sokongan yang tinggi terhadap inisiatif ini.
Ketua Jabatan Pemasaran Great Eastern Takaful Berhad, Rashida Mior Ahmad
Darwish berkata, dalam era teknologi masa kini dan dengan generasi baharu,
pendekatan pendidikan perlu berbeza.
“Kami percaya pengalaman pembelajaran hadir dalam pelbagai bentuk, terutamanya melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif atau edutainment.
” Melalui ‘Paw’er Up with Roarie, kami berhasrat menjadikanl iterasi kewangan lebih menarik dan bermakna untuk minda muda,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan kewangan sejak awal, memandangkan literasi kewangan memainkan peranan penting dalam ekonomi hari ini, khususnya dalam
membentuk tabiat menabung yang baik.
“‘Paw’er Up with Roarie menggabungkan elemen permainan dan pendidikan, mewujudkan suasana di mana kanak-kanak belajar sambil berseronok.
“Melalui permainan interaktif, aktiviti kreatif dan pelajaran praktikal, kami berusaha menyediakan asas kukuh
pemahaman kewangan, sekali gus memperkasakan generasi baharu agar membuat keputusan bijak dan membina masa depan yang terjamin,” tambah beliau.
Great Eastern Takaful terus memperjuangkan literasi kewangan melalui inisiatif seperti ‘Paw’er Up with Roarie”, mencerminkan dedikasi syarikat dalam membina generasi masa
hadapan yang yakin dari segi kewangan.
Dengan memperkenalkan konsep pengurusan wang secara menyeronokkan dan mudah difahami, organisasi ini berusaha membekalkan kemahiran praktikal kepada golongan muda untuk membuat keputusan bijak dan
meletakkan asas kepada keselamatan kewangan jangka panjang. – UTUSAN










