RUA AlHaram AlMakki Company tandatangani 6 MoU strategik sempena penyertaannya di Cityscape Global 2025

RUA AlHaram AlMakki Company tandatangani 6 MoU strategik sempena penyertaannya di Cityscape Global 2025

RUAAlHaram AlMakki Company buat julung kalinya memperkenalkan pembangunan terkemuka King Salman Gate di Makkah sempena Cityscape Global 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RUA AlHaram AlMakki Company syarikat di bawah kumpulan PIF yang merupakan pemaju induk yang berfokus kepada pembangunan di kawasan sekitar Masjidil Haram di Makkah telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

MoU dengan MRCB iaitu pemaju hartanah dan infrastruktur terkemuka Malaysia bertujuan meneroka peluang kerjasama dalam projek Gerbang Raja Salman di Kota Suci itu.

Kerjasama yang ditandatangani RUA AlHaram AlMakki Company yang juga Rakan Asas Cityscape Global 2025 dengan MRCB itu adalah sebahagian usaha sama strategik untuk memacu pelaburan antarabangsa dan kerjasama global bagi projek sulungnya, Gerbang Raja Salman, di Kota Suci Makkah.

Selain MRCB, RUA AlHaram AlMakki Company turut menandatangai MoU yang sama dengan rakan dari Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan Amerika Syarikat.

RUA AlHaram AlMakki Company dalam satu kenyataan memberitahu, semua perjanjian tersebut mencerminkan komitmen RUA AlHaram AlMakki Company untuk menghimpunkan komuniti Muslim global dalam menyumbang kepada masa depan pembangunan Makkah.

“Dengan membuka ruang kepada pelaburan dan kerjasama dari pelbagai pasaran, syarikat berhasrat mewujudkan destinasi inklusif di Makkah yang memenuhi keperluan jemaah, pelawat serta perniagaan dari seluruh dunia,” demikian menurut kenyataan itu.

Sepanjang Cityscape Global yang berlangsung di Riyadh dari 17–20 Oktober 2025, RUA AlHaram AlMakki Company memeterai MoU bersama MRCB untuk meneroka peluang kerjasama dalam projek Gerbang Raja Salman.

Selain itu mereka juga menandatangani perjanjian sama dengan Osool, firma pelaburan hartanah dan pengurusan aset di Arab Saudi, memeterai MoU untuk meneroka peluang pelaburan dalam Gerbang Raja Salman.

Selain itu mereka turut memeterai perjanjian dengan Badan Pengelola Keuangan Haji (BPKH), agensi pengurusan kewangan Haji Indonesia, memeterai dua MoU – satu bagi menilai peluang pelaburan strategik dalam projek tersebut dan satu lagi bagi menilai kerjasama dalam komponen makanan bandar untuk pembangunan masa depan syarikat.

Dengan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), dana amanah Islam Brunei pula, mereka memeterai MoU Pelaburan Am bagi menilai pelaburan dalam salah satu lot tanah syarikat di Makkah.

RUA AlHaram AlMakki Company turut menandatangani MoU dengan Forbes Global Properties, rakan hartanah eksklusif Forbes, bagi meneroka kerjasama strategik yang menjadikan RUA AlHaram AlMakki Company sebagai pemaju hartanah pertama di dunia yang menyertai Forbes Global Properties.

MoU ini menyokong kedudukan global syarikat, meningkatkan keterlihatan antarabangsa serta akses kepada khalayak bernilai tinggi melalui rangkaian Forbes.

Kenyataan itu menyebut, pemeteraian MoU berkenaan menandakan pencapaian utama dalam Pembangunan Gerbang Raja Salman, iaitu pembangunan bercampur berskala besar yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.

“Projek ini dijangka menetapkan penanda aras baharu dalam kehidupan bandar, hospitaliti dan pemuliharaan budaya, seiring matlamat Wawasan 2030 Arab Saudi serta mengukuhkan kedudukan Makkah sebagai destinasi global.”

“RUA AlHaram AlMakki Company terus mengalu-alukan kerjasama dengan rakan dan pelabur dari seluruh dunia ketika Gerbang Raja Salman memasuki fasa pembangunan berikutnya,” demikian menurut kenyataan itu.

RUA AlHaram AlMakki Company, anak syarikat PIF, ialah pemaju induk yang berfokus kepada pembangunan di kawasan sekitar Masjidil Haram di Makkah dan misinya adalah untuk meningkatkan infrastruktur Makkah ke tahap piawaian antarabangsa tertinggi dan memenuhi keperluan komuniti Muslim global sambil memelihara warisan sejarah kota suci ini.

RUA AlHaram AlMakki Company mengkhusus dalam pembangunan bercampur bersepadu bertaraf dunia dan berusaha menetapkan penanda aras global dalam pembangunan hartanah melalui nilai terasnya, komitmen kepada kemampanan, kualiti yang konsisten dan dedikasi dalam mempertingkat pengalaman para pelawat ke Makkah.

Laman Web RUA AlHaram AlMakki: www.ruaalharam.com
Laman Web Gerbang Raja: www.kingsalmangate.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN