Sahiyya+ catat jualan RM1 juta, bukti keyakinan produk

Sahiyya+ catat jualan RM1 juta, bukti keyakinan produk

HASIF Ilyasa (kiri) bersama Penasihat Perubatan Afyaa, Dr. Amir Farid Isahak dan Rakan Jenama, Zamarul Hisham pada Majlis Pelancaran Produk Sahiyya+ di Melawati Mall di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama kesihatan Islamik terkemuka, AFYAA mencatatkan kejayaan luar biasa apabila produk terbaharunya, Sahiyya+ mencatat jualan melebihi RM1 juta hanya dalam tempoh tujuh hari pertama.

Pakar Pemakanan AFYAA, Hasif Ilyasa berkata, keyakinan terhadap produk itu diperkukuh dengan kajian klinikal selain mendapat pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, pencapaian jualan itu mencerminkan keyakinan tinggi pengguna terhadap keberkesanan Sahiyya+ yang kini turut menembusi pasaran antarabangsa termasuk Indonesia, Brunei, Singapura, Australia, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kita menggunakan patented ingredients, iaitu ramuan yang telah dikaji dari segi kepekatan, kualiti, ketulenan dan keselamatan. Sebab produk-produk ini memang ada kajian.

“Selain itu, kita ada pengiktirafan HACCP dan halal Jakim. Kita juga tetapkan ujian untuk pastikan produk bebas daripada sebarang jenis dadah. Kita memang ada semua itu,” katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran produk Sahiyya+, di sini hari ini.

AFYAA merupakan jenama nutrisi berteraskan sunnah yang menggabungkan warisan perubatan tradisional dan inovasi sains moden, dengan menekankan penjagaan kesihatan melalui gaya hidup sihat.

HASIF Ilyasa menunjukkan produk terbaharu keluaran AFYAA, Sahiyya+ pada Majlis Pelancaran Produk Sahiyya+ di Melawati Mall di sini, hari ini.

Sahiyya+ merupakan rumusan suplemen terbaharu keluaran AFYAA yang dinaik taraf menggunakan ekstrak bawang hitam berumur dengan kepekatan S-Allyl Cysteine (SAC) 50 kali ganda lebih tinggi bagi memastikan keberkesanan maksimum.

Pelancaran Sahiyya+ menandakan komitmen AFYAA untuk menyediakan pengguna dengan solusi penjagaan jantung yang dipercayai, mudah diamalkan dan berkesan.

Dalam pada itu, kata Hasif, suplemen Sahiyya+ boleh diambil seawal umur 18 tahun bergantung kepada keperluan kesihatan individu.

“Produk ini memang kita galakkan untuk ambil sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menampakkan hasil, selain bergantung pada tahap masalah kesihatan.

“Bagi yang memang dah makan ubat dari hospital (preskripsi doktor), kita cadang untuk jarakkan pengambilan sekurang-kurangnya dua jam.

“Kebiasaannya kita syorkan pengambilan untuk individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, tetapi ia bergantung kepada faktor kesihatan juga,” katanya.

Sementara itu, pelakon Zamarul Hisham berkata, produk itu mula diamalkan pada tahun 2023 selepas disarankan oleh isterinya yang risau terhadap keadaan kesihatannya pada ketika itu.

Beliau yang juga Rakan Jenama produk berkenaan berkata, keberkesanan Sahiyya+ dapat dilihat selepas tiga bulan menerusi keputusan ujian kesihatan yang menunjukkan perbezaan ketara pada paras kolesterol dan tekanan darah.

“Macam saya, saya tidak menjual. Saya dealer, tapi saya tanamkan prinsip untuk berkongsi dan buka minda orang supaya ada rasa perasaan takut (kesedaran).

“Perkongsian sahaja yang saya boleh buat. Jadi saya berkongsi tentang kesihatan supaya mereka yang ikuti saya dan mengambil produk ini dapat manfaat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN