Malaysia percepat industri masa depan menerusi Selangor Techsphere

Malaysia percepat industri masa depan menerusi Selangor Techsphere 2025

Female and Male Industrial Engineers Having a Conversation at a Modern Tech Electronics Factory with Automated Robot Arms Working with the Help of Artificial Intelligence Software. Back View
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sektor perindustrian Malaysia sedang memasuki fasa penting apabila automasi, kecerdasan buatan dan amalan lestari menjadi pemacu utama daya saing.

Selangor, negeri paling maju dalam sektor pembuatan negara, akan menerajui usaha ini melalui Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 yang akan berlangsung pada 11 dan 12 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara ini menghimpunkan pemimpin industri antarabangsa dan tempatan, pakar teknologi, pelabur serta pembuat dasar bagi membincangkan strategi praktikal untuk memperkukuh ekosistem pembuatan negara. Daripada pendigitalan kilang kepada pembangunan tenaga kerja dan penyelesaian industri hijau, sidang ini bertujuan membantu perniagaan Malaysia meningkatkan kemampuan dan bersaing di peringkat serantau.

Antara tumpuan utama program ini ialah ucaptama oleh Prof Henrik von Scheel, tokoh antarabangsa yang diiktiraf sebagai pencetus Revolusi Industri 4.0.

Beliau akan berkongsi pandangan mengenai perubahan global yang dijangka membentuk masa depan industri dalam tempoh sedekad akan datang serta bagaimana organisasi boleh bersedia dari segi produktiviti, kemahiran dan pengenalan teknologi baharu.

Sidang ini turut menampilkan pengamal industri yang akan berkongsi kajian kes sebenar dan panduan mengenai pembuatan pintar, automasi, sistem data dan pembangunan bakat.

Antara penceramah yang dijadualkan ialah John Broadbent dari Smart Manufacturing Group Australia, Bob Gill dari ARC Advisory Group Asia Tenggara dan Dr Michael Tay dari Siemens Malaysia.

Sepanjang dua hari penganjuran, peserta akan menghadiri sesi dan perbincangan berkaitan robotik, kembar digital, kecerdasan buatan, pengeluaran rendah karbon dan latihan tenaga kerja masa depan.

Program ini dirangka untuk pemilik perniagaan, eksekutif kanan, jurutera dan profesional yang ingin meningkatkan keupayaan industri serta menjalinkan kerjasama teknologi.

Sidang ini dianjurkan bersama Hannover Fairs Asia-Pacific di bawah Deutsche Messe, penganjur Hannover Messe, acara teknologi perindustrian terbesar di dunia.

Kerjasama ini membawa kepakaran antarabangsa serta amalan global terbaik terus ke pasaran Malaysia.

Menurut Tim Bostridge, Pengarah Urusan Hannover Fairs Asia-Pacific dan Australia, kerjasama ini akan membantu syarikat Malaysia mempercepat penerimagunaan teknologi.

Beliau berkata sidang ini memberi peluang kepada peneraju industri untuk melihat arah teknologi global, memahami amalan terbaik dan membentuk kerjasama untuk memperkukuh keupayaan perniagaan.

Bagi Kerajaan Negeri Selangor, sidang ini melengkapkan usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan negeri sebagai nadi industri Malaysia.

Selangor menyumbang hampir 26% KDNK negara dan menempatkan pusat industri dan logistik utama seperti Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Sepang dan Cyberjaya. Melalui strategi di bawah Pelan RS-1 dan program pembangunan bakat seperti IKTISASS, Selangor memberi tumpuan kepada pembinaan tenaga kerja mahir yang bersedia menghadapi masa depan.

Amirudi Shari
Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, menegaskan bahawa sidang ini mencerminkan visi jangka panjang negeri untuk membangunkan ekonomi industri yang berdaya tahan dan inovatif. Beliau berkata Selangor komited untuk membina ekosistem inklusif dan berdaya saing melalui penerimagunaan teknologi, kelestarian dan modal insan berkemahiran.

Penyertaan dibuka untuk pemimpin industri, profesional dan usahawan yang ingin meneroka peluang baharu dalam sektor pembuatan dan teknologi

Daftar Sekarang

Nikmati potongan 50% untuk pendaftaran awal. Tempat adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat di https://hannoverfairs.eventsair.com/selangor-techsphere-summit/sts-25-registrations/Site/Landing
Maklumat lanjut di www.selangortechsphere.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN