BAGI menyuburkan semangat kesukanan, Persatuan Rangkaian Pemuda Pemudi Rawai (Rapera) menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Terbuka Rapera di Padang Kampung Rawai, Marang, Terengganu, baru-baru ini.
Kejohanan itu menghimpunkan kira-kira 70 pemain terdiri daripada pelbagai usia yang bersaing secara sihat dan semangat kesukanan untuk merebut kejuaraan.
Penganjurannya juga bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat menerusi sukan bola sepak selain merapatkan lagi ukhuwah antara peserta.
Pasukan ‘Atletico Madrid’ muncul juara selepas menundukkan ‘Tottenham Hotspur’ menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir. – UTUSAN










