Skim Perubatan MADANI: Rawatan percuma untuk kumpulan B40

Skim Perubatan MADANI: Rawatan percuma untuk kumpulan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih 1.8 juta rakyat telah menikmati Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI merupakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan akses kesihatan kepada golongan kurang berkemampuan dan mengurangkan kesesakan di fasiliti kerajaan.

Melalui skim ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak boleh mendapatkan Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan) secara percuma di 1,205 buah klinik pengamal perubatan swasta (GP) yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Daerah yang terpilih adalah Johor Bahru (Johor); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor); Kinta (Perak); Timur Laut (Pulau Pinang; Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Skim ini juga merupakan salah satu objektif di bawah Aspirasi Kertas Putih Kesihatan dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di atas Tonggak 1 iaitu Penjagaan Berasaskan Komuniti.
Inisiatif ini secara tidak langsung turut menggalakkan penglibatan pengamal perubatan swasta yang berhampiran kawasan kediaman atau tempat kerja penerima.

Skim Perubatan MADANI juga dapat memperkukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta menerusi pendekatan Kerjasama Awam-Swasta dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan primer akut yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Manfaat di bawah skim ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bantuan rawatan kesihatan bernilai RM250 setahun bagi kumpulan isi rumah berkeluarga, manakala untuk kumpulan bujang yang berumur antara 21 hingga 59 tahun layak mendapat sebanyak RM75 setahun dan kumpulan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas tanpa pasangan juga layak menikmati RM125 setahun.

Sehingga kini, sebanyak 3 juta lawatan bagi rawatan penyakit ringan seperti demam atau selsema, cirit-birit dan muntah, terseliuh, sakit kepala, atau kecederaan-kecederaan ringan telah diadakan. Rawatan tersebut telah berjaya memberi manfaat kepada 1.5 juta isi rumah, atau 1.8 juta individu sepanjang pelaksanaan skim ini.

Berdasarkan pengalaman pengamal perubatan klinik swasta SPM, Puan Linda dari Qualitas Klinik Dr. Anis berkata, skim itu merupakan inisiatif yang memberi peluang kepada klinik swasta untuk berkerjasama dengan kementerian dalam membantu kumpulan B40 mendapatkan rawatan secara percuma.

Menerusi skim ini, penerima STR yang berdaftar dan layak boleh hadirkan diri ke klinik swasta berdekatan untuk mendapatkan rawatan percuma dengan hanya membawa kad pengenalan.

“Skim ini sangat membantu apabila operasi klinik kesihatan telah tamat, kerana kita boleh pergi ke klinik swasta yang beroperasi 24 jam untuk mendapatkan rawatan pada waktu malam.” ujar Encik Aziz, penerima manfaat dari daerah Hulu Langat.

Tuntasnya, skim itu merupakan inisiatif yang amat bermakna untuk keperluan kumpulan B40. Ia tidak hanya memberi akses perkhidmatan kesihatan berkualiti, malah turut membantu mengurangkan beban kewangan isi rumah yang berpendapatan rendah.

Bagi yang mahu menyemak syarat kelayakan, boleh layari laman sesawang ProtectHealth atau muat naik aplikasi Skim Perubatan MADANI di Apple Store dan Google Play. Jika layak, boleh hadir ke klinik dengan membawa kad pengenalan semasa pendaftaran untuk menerima rawatan sakit ringan percuma.

Melalui aplikasi ini, penerima boleh membuat semakan kelayakan, carian klinik serta semakan baki di hujung jari sahaja.

ProtectHealth selaku pelaksana skim akan terus komited mempertingkatkan kualiti servis dan perkhidmatan bagi memastikan inisiatif kementerian dilaksanakan dengan efektif.

Kesimpulannya, skim ini adalah satu inisiatif membantu keperluan kumpulan B40 untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti. Malah juga membantu mengurangkan beban kewangan isi rumah yang selama ini terpaksa menanggung beban kos rawatan kesihatan yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN