Karnival NTW 2025 gegar Bukit Jalil

Karnival NTW 2025 gegar Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dijemput menghadiri Karnival Pembelajaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 yang bakal menggegarkan Bukit Jalil, Sabtu dan Ahad ini.

Bukan sekadar karnival biasa, NTW 2025 sarat dengan ilmu, penuh dengan aktiviti menarik dan diselitkan hiburan gempak sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dewasa. Pendek kata, satu keluarga boleh berseronok.

Anjuran HRD Corp dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia, NTW ialah inisiatif tahunan yang membuka akses peluang pembelajaran dan latihan percuma kepada semua individu tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap pendidikan. Ilmu untuk semua, itulah semangat NTW.

Tahun ini lebih istimewa sebab NTW 2025 juga menjadi medan utama untuk Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) dengan tema ‘Learning Beyond Borders’.

Serius, inilah masa terbaik untuk memperbaiki diri dan tembusi sempadan kebolehan.

HENDAK TAHU APA YANG MENANTI?

*70,000 kursus percuma atas talian, bersemuka, atau belajar sendiri, semua ada.

*Kanak-kanak pasti tak sabar jumpa Ejen Ali, sertai LEGO Robotics, pameran STEM Petrosains, pertandingan mewarna oleh Faber-Castell dan e-Sukan KEMAS.

Suri rumah, warga emas, anak muda semua ada tempat.

*Nak gaya hidup sihat? Sertai sesi Yoga bersama Atilia Haron.

*Alif Satar & The Locos pun turun padang – live performance yang pasti buat anda berdansa.

*Jom cuba skateboarding dan bengkel golf. Tak kira umur, semua boleh belajar.

*Nak jadi hairstylist atau makeup artist? Sertai bengkel Gunting Rambut (Nimroc) & Solekan (MIVA).

*Jangan lupa Kemahiran Digital oleh TM, sebab skil ini mahal dan laku keras sekarang.

*Ada juga Zon Halal, Kelas Seni dan sesi khas Bersama pempengaruh terkenal Pinn Yang dan Dr. Malar, sesuai sangat bagi yang nak ‘naik’ dalam media sosial.

*Penat? Boleh bersantai di ruang rehat Rest N Go, minum kopi percuma daripada Koppiku dan nikmati pesta buah-buahan tempatan.

*Kaki buku, jangan lepaskan peluang sertai pesta buku Big Bad Wolf, diskaun kaw kaw punya!

Serius, karnival dua hari ini bukan sekadar hiburan. Ia adalah peluang keemasan untuk belajar, berkembang dan yang penting berseronok sambil menimba ilmu.

Apa tunggu lagi? Simpan tarikh ini, 14 & 15 Jun, dari 10 pagi sehingga 6 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Nak tahu lebih lanjut? Layari terus www.nationaltrainingweek.gov.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN