Gadang Group realisasi usaha pulihara alam sekitar

Gadang Group realisasi usaha pulihara alam sekitar

SEBAHAGIAN peserta merakam gambar kenangan selepas menyertai Program Penanaman Bakau anjuran Gadang Group di Hutan Simpan Tanjung Burung, Pantai Remis, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap kelestarian alam sekitar, Gadang Group menganjurkan Program Penanaman Bakau di bawah inisiatif The Green Shift di Hutan Simpan Tanjung Burung, Pantai Remis, Perak, baru-baru ini.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang menyaksikan sebanyak 600 batang pokok bakau ditanam. Ia melibatkan 300 batang pokok jenis Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata) dan 300 batang Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata).

Inisiatif ini mencerminkan usaha proaktif Gadang Group dalam memulihara alam semula jadi, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan ekosistem serta menyokong kelestarian biodiversiti.

Gadang Group merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dan menyumbang dalam menjayakan program ini. Usaha sebegini diharap dapat diteruskan demi masa depan yang lebih lestari dan hijau untuk generasi akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN