PETALING JAYA: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan potensi pembiayaan sebanyak RM4 juta dalam usaha memperkasa industri francais di tiga negeri di Pantai Timur meliputi Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun ini. Usaha memperkukuh industri francais dilaksanakan menerusi Program BizFrancais yang mula diperkenalkan pada 2019 dan 2024 merupakan tahun keenam penganjuran program itu. Program BizFrancais Pahang 2024 merupakan lokasi ketiga bagi siri jelajah program berkenaan pada tahun ini selepas negeri Sarawak…