Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Melayu ini mengingatkan kita pendidikan bermula daripada guru, kerana gurulah yang mencorakkan minda dan masa hadapan anak-anak kita. Namun, cabaran terbesar yang dihadapi guru hari ini ialah bagaimana menjadikan pengajaran lebih mudah difahami, lebih menarik dan lebih berkesan. Inilah yang cuba diselesaikan oleh Program Latihan Visual Teachers, sebuah program inovatif yang dibangunkan oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani, pengasas Drawzania bersama Yayasan Wiba Prima (YWP).…