PTTI cipta dua rekod Malaysia Book Of Records - Utusan Malaysia

PTTI cipta dua rekod Malaysia Book Of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Putrajaya, 1 Jun 2025 – Pusat tuisyen terkemuka, PTTI terus mencipta sejarah dalam dunia pendidikan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian luar biasa dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Dua anugerah yang diterima adalah Pelajar SPM Paling Banyak Semua A dalam Sebuah Pusat Tuisyen dan Jumlah Gred A SPM Paling Banyak Diperoleh oleh Sebuah Pusat Tuisyen.

Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI berjaya melahirkan seramai 401 pelajar yang mendapat semua A dalam mata pelajaran dan mencatatkan 18,432 Gred A terkumpul bagi peperiksaan SPM 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, kejayaan diraih adalah hasil kerja keras semua pihak.

Tambah beliau, melalui kejayaan ini PTTI juga berjaya membuktikan melalui pendidikan yang sistematik dan berkualiti mana-mana pelajar juga mampu meraih keputusan yang lebih baik.

“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar,” katanya.

Sementara itu majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut dihadiri lebih 2,000 tetamu, termasuk pelajar, ibu bapa serta selebriti antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid, MK K-Clique, Iman Troye, Alyssa Dezek, Zaki Yamani dan Naim Daniel.

Melihat kejayaan ini sebagai permulaan kepada lebih banyak pencapaian, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar ‘Straight A’s’ bagi SPM 2025.

“Kami bermula dengan hanya tiga orang pelajar pada tahun 2016 dan kini melalui strategi yang disediakan di PTTI kami ingin membantu lebih ramai pelajar di luar sana,”

“Antara harapan utama kami pada tahun hadapan untuk melihat lebih ramai calon-calon SPM di luar sana menyertai kami dan sekali gus mendapat keputusan yang cemerlang seperti rakan-rakan pada hari ini,”katanya.

Tambahnya, selain perancangan sedia ada, pelbagai inisiatif juga akan diteruskan, termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara konsisten untuk semua pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN