100 mahasiwa jayakan EFL 2025

100 mahasiwa jayakan EFL 2025

Program EFL 2025 dimulakan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Soo Wincci (kanan bahagian atas).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 100 penuntut daripada 40 institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa telah menyertai forum antarabangsa Empowering Future Leaders (EFL 2025) yang berlangsung secara hibrid di Dewan Seri Harmoni, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bertemakan ‘Lead with Passion, Spark Innovation’, program dimulakan secara rasmi dengan sesi utama bertajuk ‘Lead and Inspire’ yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Soo Wincci.

Sesi ini mencetuskan inspirasi kepada peserta untuk menggalas peranan sebagai pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja berwibawa, malah berjiwa besar dan inklusif.

Forum anjuran Majlis Perwakilan Kolej, KTDI UPM sesi 2024/2025 ini turut menampilkan dua sesi forum bertajuk ‘Servant Leadership vs Authoritative Leadership’ dan ‘Navigating Leadership Burnout: How to Stay Motivated and Balanced’ yang mencetuskan idea-idea bernas dari pelbagai negara dan latar belakang budaya.

Program yang menerima kerjasama daripada Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Majlis Perwakilan Pelajar, serta kolej-kolej kediaman UPM ini menjadi platform pertukaran ilmu, budaya, dan jaringan kepimpinan berskala global.

“Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengetua KTDI, Dr. Mohd Hafiz bin Mohd Zaid yang turut menyampaikan amanat penuh motivasi dan penghargaan kepada barisan penganjur serta peserta atas kejayaan menganjurkan program bertaraf antarabangsa ini.

“Kami berharap program ini menjadi titik tolak kepada kelahiran pemimpin pelajar yang holistik dan berpandangan jauh. Program ini membina jambatan pemahaman antara budaya dan memupuk empati kepimpinan merentas sempadan,” kata Pengarah Program EFL 2025, Hanis Amirah Binti Aznan.

Dalam masa yang sama, penganjur turut menyuarakan hasrat agar program berkenaan dapat diteruskan pada masa hadapan dan menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif kepimpinan bertaraf antarabangsa yang diterajui mahasiswa.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN