Berita Wak Seman meninggal dunia menjadi kecoh. Masakan tidak, dia yang sebelum ini sihat walafiat tanpa terlantar sakit, tiba-tiba meninggal dunia. Memang pelik! Lagi pun pagi tadi elok sahaja dia bersarapan di warung Cik Senah hujung kampung, jadi itu yang membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya. Pelbagai andaian yang kurang enak mula bertiup kencang. Macam-macam versi cerita didengar tambah pula semasa hayatnya Wak Seman dikenali sebagai bomoh yang cukup terkenal. Pendek kata,…