SAYA terpaku melihat susun atur pelbagai barangan antik yang terdapat di restoran Chinta by Chinoz di Bangsar ini. Selain barangan antik, suasana dalaman restoran ini yang bersifat santai dengan dekorasi cantik serta diiringi muzik era 60-an cukup menarik, lebih-lebih lagi untuk dimuat naik dalam akaun laman media sosial. Malah, terdapat beberapa barangan seperti mesin tunai yang pernah digunakan sekitar tahun 1950-an dan koleksi stem lama berusia hampir 100 tahun di…