Penangan ‘Ceq Lapar Nasiklah’ di Rebung Chef Ismail Putrajaya

Penangan ‘Ceq Lapar Nasiklah’ di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANEKA lauk pauk berasaskan masakan tradisi Melayu menjadi taruhan menu berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail 2 yang terletak di Putrajaya ini.

Berani saya katakan semua hidangan di restoran ini memenuhi piawaian dan setaraf masakan ‘mak-mak’ di kampung, sekali gus menggamit memori berbuka puasa bersama keluarga tercinta.

Bahkan, tidak keterlaluan saya katakan lauk-lauk di sini antara yang terbaik untuk hidangan sepanjang Ramadan tahun ini daripada segi rasa, kualiti dan kemudahan tempat yang disediakan.

Antara menu yang mesti dicuba di sini semestinya gulai lemak telur itik; ikan keli goreng berlada ; patin tempoyak; nasi daging dan nasi kerabu.

Selain itu, pengunjung wajib mencuba serawa durian, dodol, dan pengat pisang dengan rasa yang cukup sempurna.

Restoran Rebung Chef Ismail 2
Masa operasi: 6.30 petang sehingga 9.30 malam
Kapasiti: 300 orang dalam satu-satu masa
Makanan wajib cuba: Kerabu nasi; serawa durian; gulai lemak telur itik dan nasi daging
Harga:RM69 untuk kanak-kanak dan RM99 dewasa

Dengan bertemakan ‘Ceq Lapar Nasiklah’ pengunjung juga boleh mencuba hidangan nasi lain seperti nasi ikan, nasi daging dan kerabu nasi.

Apa yang pasti pengunjung bukan sahaja dapat menikmati hidangan enak tetapi turut dihiburkann kumpulan muzik yang membawakan lagu-lagu Melayu.

Harga buffet di restoran ini adalah RM69 untuk kanak-kanak dan RM99 bagi dewasa sehingga 8 April menjadikan ia berbaloi terutama untuk yang telah berkeluarga.

Paling penting terdapat ruang solat yang boleh menampung 20 orang dalam satu masa.

Restoran Rebung Chef Ismail 2 terletak di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, Putrajaya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN