Lebih 50 menu di Mak Bee - Utusan Malaysia

Lebih 50 menu di Mak Bee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUAT penggemar makanan atau foodie, pasti selalu ada seru untuk mengeksploitasi cita rasa autentik dan di bandar raya Alor Setar, Kedah kini hadir sebuah restoran Cina Muslim baharu yang menawarkan variasi menu masakan tradisional popular kaum Tionghua.
Mak Bee Chinese Muslim Kitchen yang terletak di Pekan Cina, Alor Setar menyediakan lebih 50 menu masakan Cina Muslim yang autentik sebagai kelainan untuk pengalaman gastronomi penggemarnya.
Menu yang istimewa di restoran ini antaranya adalah itik panggang, ayam mangga, sayur teratai, ketam cili, bawal masak kicap bawang putih, gerut-gerut kerabu mangga dan ayam kung pao.
Tidak ketinggalan pelbagai menu tambahan yang menambah selera daripada udang sambal petai, tomyam kelapa, sup sirip ikan yu, dan udang mentega.

MENU MANGKUK TINGKAT
Salah satu yang menarik di restoran ini adalah empat pencuci mulut yang nyaman dan menyejukkan tekak seperti sagu soya, sup longan ginkgo, char kway dan cincau soya.
Lebih menarik, restoran ini turut menghidangkan menu mangkuk tingkat untuk mereka yang mencari kelainan dengan menu terdiri daripada tiga jenis nasi goreng dan ayam goreng rangup.
Restoran ini dimiliki oleh syarikat pengeluar kuah rojak terkenal di utara iaitu Mak Bee Utara (M) Sdn. Bhd. atau Mak Bee yang terkenal dengan salasilah daripada keluarga mualaf Cina.
Pemilik restoran itu yang juga merupakan generasi ketiga Mak Bee, Shazana Mahazir, 37, berkata, kebanyakan resipi masakan Cina Muslim itu diwarisi turun temurun oleh keluarganya yang menerokai dunia perniagaan kuah rojak sejak empat dekad lepas.
Terbahagi kepada dua tingkat, dekorasi restoran ini juga kental nuansa Tionghuanya saat rona merah mewah dan perhiasan terang menjadi pilihan pemiliknya.

KETAM CILI
Menurut Shazana, antara menu paling disyorkan di restoran berkenaan adalah ketam cili, ikan mangga dan itik panggang.
“Kebanyakan menu masakan ini adalah olahan daripada resepi turun temurun keluarga kami bermula daripada arwah nenek saya, Bibi Abdullah yang juga seorang mualaf Cina.
“Sebelum berkecimpung dalam perniagaan kuah rojak ini arwah juga menjual makanan dalam periuk tingkat. Arwah yang menginspirasikan saya membuka restoran ini,” katanya. – MIngguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya