Hidangan organik di Farm Cafe - Utusan Malaysia

Hidangan organik di Farm Cafe

Chef Abdul Wahab Jaafar menunjukkan antara hidangan yang disediakan di Farm Cafe Batu Caves. - MINGGUAN MALAYSIA/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHASIAT buah Kulim atau dikenali sebagai bawang hutan sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Dengan baunya seakan-akan bawang putih dan mengeluarkan aroma harum, buah ini dipercayai mampu merendahkan kadar kolestrol dan mempunyai bahan antioksidan yang tinggi.
Tahukah anda buah Kulim ini juga sangat sesuai digunakan dalam masakan?
Di Farm Cafe, buah ini dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menu Kulim Cream Mushroom Soup dan rasanya sangat sedap lebih-lebih lagi dimakan bersama roti bawang putih.
Dengan rasa lemak, menu ini boleh dinikmati sekiranya anda tercari-cari hidangan untuk minum petang atau inginkan sesuatu yang ringan.
Selain itu, menu lain yang wajib dicuba di kafe ini adalah Nasi Briyani Salmon Bakar dan Nasi Briyani Ayam Panggang.
Dengan menggunakan sebanyak 24 jenis rempah ratus, keenakan nasi briyani di sini tidak dapat disangkal dengan rasa cukup lengkap selain mempunyai kelembutan tersendiri.
Paling menarik, nasi briyani itu dimakan bersama salmon bakar atau ayam panggang.Sama ada salmon atau ayam, kedua-duanya sumber protein ini dimasak sempurna dan tidak terlalu kering serta berjus. Malah, kedua-dua hidangan ini turut disertakan bersama papadom, kuah kari dan salatah, menjadikan ia kombinasi terbaik.
Usah bimbang sekiranya ada pengamal diet vegetarian yang mahu berkunjung ke Farm Cafe kerana anda masih boleh menikmati hidangan di sini dengan memesan Brinjal.
Menu ini sama seperti Nasi Briyani Ayam Panggang ataupun Nasi Briyani Salmon Bakar, namun diganti dengan terung goreng bersama sambal cili.
Bagi mereka yang mahukan makanan ala Barat, kafe ini mempunyai beberapa hidangan seperti burger dan pasta yang diolah mengikut masakan tempatan.
Terdapat lima menu pasta yang diubah suai mengikut selera di negara ini.
Antaranya, menu Laksapasta dan Phat Duck Pasta menggunakan resipi laksa dan masakan itik salai sebagai cetusan idea. Untuk hidangan berasaskan daging itik, selain Phat Duck Pasta, pengunjung juga boleh mencuba Smoked Duck Mandarin.
Dalam pada itu, menurut Chef, Abd. Wahab Jaafar, Farm Cafe yang mula dibuka sejak Oktober tahun lalu itu diiktiraf oleh The International Humane Society selepas banyak menggunakan sumber tempatan dalam menyokong industri penternakan dan pertanian di negara ini.
“Kita juga menggunakan ayam diternak dengan konsep bebas dan bukan dikurung. Konsep ini lebih baik dalam memastikan kualiti daging ayam lebih baik,” jelasnya.

Farm Cafe

Alamat: No. 1, Jalan Industri Batu Caves 1/1, Taman Perindustrian, Batu Caves.
Waktu operasi: Pukul 10 pagi sehingga 11 malam setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.