TIADA sesiapa pun mahu ditimpa musibah. Sedaya upaya akan berusaha, berdoa untuk kesejahteraan hidup dan mengelakkan diri ditimpa rasa sedih dan berdukacita. Berkongsi pandangan berkait musibah dan hikmahnya, Imam Tua Masjid Nurul Annuar, Mat Ya Daud berkata, ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa yang menuntut umat manusia berfikir, tabah dan tingkatkan kekuatan iman. Menurutnya, salah satu doa yang diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Rasulullah SAW kepada umat Islam agar…