D.O. (EXO)
D.O. merupakan anggota kumpulan EXO yang paling terkenal dengan tabiat pembersihannya. Menurut ahli lain, penyanyi yang juga pelakon popular itu sangat pembersihan terutama melibatkan bahagian dapur. Dia tidak boleh lihat kotoran langsung!
Dia akan memastikan rumahnya bersih dan bahagian dapur licin serta tidak ada sisa makanan terhidang di atas meja. Semuanya harus kelihatan sempurna.
Malah, ketika mereka bersama-sama tinggal dalam satu rumah, dia sendiri akan membersihkan kediaman itu walaupun belum tiba gilirannya. Silap hari bulan, jika ada yang kurang bersih, dia akan moody seharian!
IRENE (RED VELVET)
Idol cantik ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat menjaga kebersihan sehingga ada anggota kumpulannya, Red Velvet melabelkannya sebagai kaki vakum.
Bayangkan, walaupun tidak ada sampah atau kotoran, Irene secara automatik akan mengambil vakum dan mula membersihkan rumah yang sudah sedia bersih.
Dia juga akan menyusun semula barangan termasuk kosmetik, wangian dan peralatan walaupun sudah tersusun. Pelik tetapi dia yang penat, bukan kita.
JUNGKOOK (BTS)
Idola ramai gadis di luar sana, Jungkook mendedahkan dia sangat sensitif terhadap bau, tidak kira bau badan, rumah dan tempat kerja. Kena sentiasa wangi!
Salah seorang anggota kumpulan BTS mendedahkan Jungkook juga kerap mandi sejurus selepas latihan tarian atau senaman, dan selalu bawa sabun, syampu serta wangian sendiri ke mana-mana
Walaupun kuat berlatih dan terbang mengelilingi dunia, Jungkook juga akan memastikan tempat tidurnya sentiasa kemas, wangi dan tersusun mengikut ‘kategori’ yang ditetapkan sendiri.
SUZY
Suzy memang terkenal sebagai artis yang sentiasa membawa tisu anti-bakteria, pensanitasi tangan dan cecair pembersih ke mana sahaja dia pergi. Ibarat tidak lengkap seorang Suzy tanpa alatan pembersihan itu.
Dalam beberapa rancangan realiti, penyanyi yang juga seorang pelakon itu mengakui akan mengelap semua permukaan hotel sebelum tidur, termasuk tombol pintu, meja dan alatan kawalan TV.
Tidak kira sepenat apa pun, dia akan memastikan bilik tidurnya sentiasa kemas dan bersih. Ada pembantu pun masih bersihkan sendiri. Hebat!
G-DRAGON
Sebagai ikon fesyen dan seni, G-Dragon bukan saja teliti serta mementingkan kesempurnaan dalam penataan gaya tetapi juga dalam kebersihan.
Menurut staff pengurusannya, YG, anggota Big Bang itu tidak suka menyentuh sebarang permukaan atau alatan yang sudah disentuh oleh orang lain. Dia juga akan memastikan ruang kerja serta kediamannya sentiasa disanitasi terlebih dahulu.
Tambah parah, dia juga memastikan studio dan rumahnya sentiasa tersusun ikut warna, malah ada yang mendakwa idol popular itu mandi lebih daripada tiga kali sehari bergantung kepada rutin harian.










