Wajah kejayaan drama Bon Appétit, Your Majesty  - Utusan Malaysia

Wajah kejayaan drama Bon Appétit, Your Majesty 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

K-drama baharu terbitan Netflix, Bon Appétit, Your Majesty telah menjadi bualan ramai selepas mencatat rekod baharu dan memenangi hati di Korea Selatan dan di seluruh dunia. 

Drama ini diadaptasi daripada web novel terkenal Surviving as Yeonsan‑gun’s Chef yang ditulis oleh Park Kook Jae.

Drama yang bergenre fantasi, romantik, politik istana dan seni memasak itu juga telah mencapai rating tertinggi untuk berbanding drama tvN yang lain tahun ini selain mencetuskan pengaruh yang luar biasa di media sosial.

Bon Appétit, Your Majesty berkisarkan tentang seorang chef terkenal dalam dunia kulinari Perancis yang terperangkap di era Dinasti Joseon. Pertemuannya dengan raja yang mentadbir era itu menjadi cabaran buatnya selepas dipilih untuk menjadi tukang masak di istana.  

Berikut merupakan barisan pelakon yang menjadi penyumbang kejayaan drama tersebut biarpun baru beberapa minggu ditayangkan:-

Im Yoon Ah

Menjayakan watak sebagai tukang masak istana, pelakon yang mesra disapa sebagai Yoona ini meletakkan 100 peratus komitmennya untuk mendalami karakter Yeon Ji Young. 

Anggota kumpulan Girls Generation ini sanggup menyertai kursus memasak demi memperbaiki kemahirannya tiga bulan sebelum menjalani penggambaran drama tersebut.

“Dengan menyertai kelas memasak, saya rasa ia amat membantu saya dalam menjayakan watak tersebut. Ini kerana saya juga sangat suka memasak, malah ada sesetengah bahan dan resepi saya sudah kenal.

“Tiga bulan sebelum menjalani penggambaran, saya belajar memasak setiap menu yang perlu saya masak dalam setiap episod dengan bantuan seorang guru,” katanya.

Lee Chee Min

Menjayakan watak sebagai Raja Joseon, Yi Heon, karisma yang ditonjolkan oleh Lee Chae Min sebagai raja yang zalim menuai pujian ramai penonton. 

Menerusi drama tersebut, Chae Min juga menjayakan watak sebagai pencinta makanan lebih-lebih lagi selepas kemunculan Yeon Ji Young yang dilantik sebagai tukang masak istana.

Meskipun jarak usianya 11 tahun lebih muda daripada heroin gandingannya, Yoona, keserasian yang ditonjolkan menerusi drama tersebut berjaya membuat peminat setianya jatuh cinta.

Kang Han Na

Terkenal dalam menjayakan drama-drama yang berunsurkan sejarah lampau Korea, Han Na tampil luar biasa dalam membawa watak sebagai Kang Mok Ju. 

Kang Mok Ju adalah seorang gundik kepada Raja Yi Heon. Beliau bukan sekadar berada di sisi raja dengan penuh hormat, tetapi dibayang oleh hasrat dan strategi untuk cukup berpengaruh di istana. 

Dalam masa sama, beliau juga berusaha mengekalkan kedudukannya dengan tipu daya dan perancangan dengan menggunakan pelbagai ‘method’ lakonan demi menghidupkan jalan cerita, naskhah tersebut sekali gus membuktikan kehebatannya sebagai pelakon berbanding drama lain.

Yoon Seo Ah

Pelakon muda Korea, Yoon Seo Ah memegang peranan sokongan penting dalam drama fantasi sejarah Bon Appétit, Your Majesty sebagai dayang istana Joseon yang bernama Gil Geum.

Sebelum Bon Appétit, Your Majesty, dia telah muncul dalam drama‑drama popular seperti Nevertheless, Bloody Heart, dan lainnya dalam peranan sokongan.

 

Seo Yi Sook

Pelakon lagenda Korea Selatan, Seo Yi Sook, sekali lagi memukau penonton dengan lakonannya yang mantap dalam drama sejarah terbaharu berjudul Bon Appétit, Your Majesty. 

Dalam siri ini, Seo Yi Sook membawa watak Grand Queen Dowager Inju iaitu ratu tua yang licik dalam politik, dan memiliki pengaruh besar dalam pemerintahan diraja.

Pelakon veteran Korea kesayangan ramai itu membawa watak ini dengan penuh karisma dan ketegasan, memperkukuhkan kedudukan Inju sebagai seorang tokoh wanita berkuasa dalam sejarah fiksyen Joseon

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN