Sengsara demi sebuah watak - Utusan Malaysia

Sengsara demi sebuah watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di sebalik kejayaan filem-filem blockbuster, dunia perfileman Hollywood bukan sahaja menuntut bakat lakonan, malah dedikasi luar biasa daripada para pelakon, khususnya pelakon lelaki yang sering melalui pengorbanan besar demi menjayakan watak yang diberikan.

Malah, terdapat beberapa aktor yang sanggup melalui transformasi drastik demi secara fizikal dan mental demi menjayakan watak serta menunjukkan tahap dedikasi yang mengagumkan terhadap seni lakonan. Berikut adalah barisan aktor yang sanggup berkorban dan sengsara demi sebuah watak.

Christian Bale

Aktor terkenal Hollywood, Christian Bale, bukan sahaja dikenali dengan bakat lakonannya yang luar biasa, malah turut digelar sebagai ‘aktor transformasi’ kerana kesanggupannya mengubah fizikal secara ekstrem demi menjayakan watak dalam filem.

Antara perubahan fizikal Bale yang paling mengejutkan adalah ketika beliau membintangi filem The Machinist. Demi melakonkan watak Trevor Reznik, seorang yang mengalami insomnia kronik, beliau menurunkan berat badan hampir 30 kilogram dengan hanya memakan sebiji epal dan secawan kopi sehari selama beberapa bulan. 

Tubuhnya kelihatan kurus melampau hingga tulangnya jelas kelihatan, menjadikan kemunculannya sebagai salah satu yang paling diingati dalam sejarah perfileman.

Tidak lama kemudian, Bale sekali lagi mengejutkan peminat apabila kembali membina otot untuk membawa watak Batman dalam Batman Begins pada 2005. Beliau berjaya menaikkan berat badan hampir 45 kilogram dalam masa beberapa bulan melalui diet tinggi protein dan latihan intensif.

50 Cent

Penyanyi rap dan pelakon terkenal Amerika, 50 Cent atau Curtis Jackson, mengejutkan dunia hiburan apabila sanggup menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram demi menjayakan watak seorang pesakit kanser dalam filem All Things Fall Apart.

Dalam filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu, 50 Cent memegang watak sebagai Deon, sanggup mengorbankan imej berototnya demi menjiwai watak seorang atlet bola sepak kolej yang kehilangan segalanya selepas disahkan menghid­ap kan­ser 

Demi mereali­sasikan watak tersebut, beliau menjalani diet cecair dan berlari di atas treadmill selama tiga jam setiap hari selama hampir sembilan minggu.

Transformasi fizikal pelakon berusia 50 itu menjadi bualan hangat di media sosial ketika gambar-gambarnya dalam keadaan kurus kering mula tersebar. Malah, ada juga yang menyangka ia hanyalah suntingan digital, namun penyanyi itu menge­sahkan semuanya adalah hasil pengor­banan sebenar.

Matthew McConaughey                                                                                                                             

Pelakon, McConaughey menurunkan berat badan lebih 20 kilogram demi memegang watak pesakit HIV/AIDS ketika membintangi filem Dallas Buyers Club. 

Menurut pelakon itu, proses menurunkan berat badan tersebut bukan sahaja mencabar daripada segi fizikal, malah turut memberi kesan kepada keadaan mental dan emosinya. 

Pengorbannnya berbaloi apabila menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Oscars.                                                                                                       

Tom Hanks

Menerusi filem Cast Away, Tom Hanks sanggup menggemukkan badan untuk babak awal dan kemudian mengurangkan berat badan secara drastik. 

Dalam masa sama, beliau turut menumbuhkan rambut dan janggut panjang bagi menggambarkan watak lelaki yang terdampar di pulau terpencil selama bertahun-tahun.

Selain itu, dalam filem Philadelphia (1993), Hanks turut menurunkan berat badan dengan ketara dan menyelami emosi mendalam sebagai seorang penghidap AIDS yang memperjuangkan keadilan di mahkamah. 

Usahanya ini bukan sahaja diiktiraf oleh peminat dan pengkritik, malah melayakkannya memenangi Anugerah Oscars bagi Pelakon Lelaki Terbaik.

Heath Ledger

Nama mendiang Heath Ledger terus dikenang sebagai salah satu pelakon paling berdedikasi dalam sejarah Hollywood, khususnya menerusi lakonannya sebagai Joker dalam filem The Dark Knight pada 2008. 

Sebulan sebelum penggambaran bermula, Ledger mengasingkan diri di bilik hotel, mencatatkan diari harian sebagai Joker dan melatih suara serta gelak jenama wataknya.

Bagi Ledger, membawa watak Joker bukan sekadar memakai solekan atau bertutur dengan suara tertentu malah, beliau benar-benar ‘menjadi’ Joker melalui pendekatan method acting yang intensif.

Namun, pengor­banan emosi dan tekanan mental yang dihadapinya ketika mendalami watak tersebut dipercayai turut memberi kesan kepada kesihatan mentalnya. Beberapa bulan selepas selesai penggam­baran, Ledger ditemui meninggal dunia pada Januari 2008, ketika usianya baru 28 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN