Menggeleng kepala juga Cik Bunga apabila mendengar cerita ini. Bab ini, bukan lagi sekadar gosip. Sebabnya, sudah ada kalangan rakan industri seni yang katanya sudah tengok video berkenaan di salah satu platform yang tidak perlulah dipromosikan di sini.
Terus-terang, Cik Bunga tidak tengok pun video berkenaan. Tak mahu tengok pun sebab buat apa? Buat dosa kering sahaja!
Cik Bunga hairan, kenapa pelakon berkenaan tidak fikir apa kesannya sebelum melakukannya? Ya, apa lagi onar seperti terlibat menghasilkan video lucah untuk dijual di pasaran gelap, amat memalukan dan tidak boleh diterima akal.
Ini memang perbuatan tidak bermoral. Kononnya, dia buat begitu sebab mahu jadikan ia satu daripada cabang sumber pendapatan. Tergamam juga Cik Bunga.
Lebih tergamam, kenapa ada penerbit sanggup ambil dia jadi pelakon dan terbabit dalam dunia lakonan arus perdana sedangkan dia tahu pelakon tersebut terlibat dalam video lucah?Tak tahulah jika ia antara sebahagian daripada strateginya untuk melonjakkan lagi drama tersebut.
Tetapi rasanya, ramai yang pasti tidak suka. Malah, memang tidak layak pun untuk diangkat dalam industri seni hiburan tanah air. Memalukan!
Cik Bunga hendak tulis namanya sebagai seorang pelakon pun rasa berbelah bahagi. Tetapi sudah memang dia terlibat dalam drama kontroversi seorang pengarah, tak akanlah Cik Bunga hendak tulis dia sebagai runner atau tukang bawa air pula bukan?
Entahlah. Pening juga kepala Cik Bunga memikirkannya. Memang tidak bawa manfaat orang begini untuk industri kita.