Kalau tidak selesa kenapa pakai seksi? - Utusan Malaysia

Kalau tidak selesa kenapa pakai seksi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, Cik Bunga dengar, berlangsungnya sebuah majlis tayangan filem Magik Rompak di Putrajaya dan ramai juga artis yang membarisi filem arahan Adrian Teh itu hadir bagi menunjukkan komitmen masing-masing.

Sharnaaz Ahmad yang sedang dalam keadaan tidak begitu sihat pun hadir, Zul Ariffin, Nadhir Nasar, Amelia Anderson, Yasmin Hani, Fabian, semua ada.

Selain itu, turut hadir, Elvina Mohamad. Dia juga merupakan seorang daripada pelakon yang membintangi filem tersebut.

Okey, tentulah bagus dia hadir bagi memberikan sokongan bukan. Tetapi Cik Bunga dikhabarkan, semasa semua barisan artis diminta untuk berada di pentas bagi menjayakan sesi sidang media, Elvina jelas nampak tidak selesa.

Kata rakan Cik Bunga yang hadir ke acara itu, Elvina tampil berpakaian seksi. Memakai persalinan serba hitam, tetapi skirt yang dipakainya terlalu pendek sehinggakan apabila dia duduk di kerusi di pentas, jelas nampak peha putih gebunya itu.

Bayangkanlah, kata rakan Cik Bunga, kerusi pula menghadap ke arah penonton di dalam dewan besar itu, jadinya boleh nampak Elvina pun seakan tidak selesa apabila skirt yang dipakai kelihatan singkat.

Cik Bunga pun tertanya, kalau sudah tahu pakaian itu seksi, akan tersingkap sebegitu sekali dan buat diri tidak selesa, kenapa Elvina mahu pakai juga? Cik Bunga rasa Elvina pun bukan tidak tahu perkara itu,bukan tidak biasa dengan keadaan begitu bukan? Ya, Cik Bunga tahu Elvina pun memang seksi walaupun berstatus isteri orang. Mungkin suami tidak kisah, tetapi kalau sudah berada di majlis begitu, dan banyak mata pula yang melihat turut rasa seakan Elvina salah wardrobe, maka haruslah ditegur bukan.

Rasanya selepas ini, Elvina kena cakna sikit bab imej dan pakaian ini. Ada sesetengah orang, memang tidak kisah, tapi ketahuilah, ramai yang kisah sebenarnya. Tengok majlislah… Cik Bunga harap Elvina terima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN