Sudah muak tengok Redza Rosli? - Utusan Malaysia

Sudah muak tengok Redza Rosli?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sedang asyik Cik Bunga layari membelek-belek media sosial, tertangkap di mata Cik Bunga dengan luahan peminat drama-drama tempatan yang nampaknya seakan tidak puas hati dengan tindakan stesen televisyen yang terlalu kerap mengambil pelakon, Redza Rosli, untuk terbabit dalam naskhah-naskhah drama kaca TV.

Kononnya, cara lakonan mahu pun gaya rambut Redza di kaca TV menampakkan dia seakan tidak ada kelainan. Sama sahaja pada setiap karya-karya drama yang dipaparkan di TV.

Namun, jangan salah faham, kita tidak bercakap pasal Redza tiada bakat lakonan. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan bakat yang dia miliki. Sebab, semua orang akui, Redza bagus dalam bab berlakon.

Cuma, mungkin kekerapan muncul di kaca TV itu menyebabkan orang pun bosan hendak tengok drama yang disajikan. Mungkin jalan cerita menarik, tetapi kalau cara lakonan sama, imej sama, wajah sama, tidak boleh juga hendak salahkan penonton.

Makna kata, ada betulnya juga apa yang disuarakan mereka.

Tetapi, hendak tergelak juga Cik Bunga apabila ada dalam kalangan netizen memetik, alahai, Redza itu anak emas stesen TV berkenaan, itu sebablah dia sering diberi tawaran. Cik Bunga tidak setuju juga bab ini. Sebabnya, macam Cik Bunga katakan tadi, dia bukan diambil sengaja tanpa bakat.

Bagaimanapun, harus diakui, mungkin perkara ini perlu mendapat perhatian pihak stesen TV juga. Mungkin sudah tiba masanya untuk mempelbagaikan wajah-wajah dan bakat-bakat baharu untuk mewarnai drama-drama tempatan kita.

Ini boleh buka peluang buat pelapis-pelapis baharu juga yang tentunya sudah lama menunggu giliran untuk menyerlah. Sudah-sudahlah wajah yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN