Agaknya sebab gelekkan Baby Shima? - Utusan Malaysia

Agaknya sebab gelekkan Baby Shima?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mula-mula, Cik Bunga hendak ucapkan tahniah pada penyanyi, Baby Shima kerana baru sahaja keluarkan single berjudul Island Boi.

Cik Bunga pun sudah dengar lagu itu. Menarik juga. Sesuatu yang berbeza Cik Bunga boleh katakan. Ada vibe pop Spanish, boleh pergi jauh lagu ini.

Cuma itulah, dalam pada sekadar hendak berseronok atau enjoy sahaja dengar lagu, tidak sangka pula Cik Bunga ada lagi pihak yang tidak berkenan dengan Baby Shima. Alahai, setahu Cik Bunga, selama ini pun apa sahaja yang penyanyi ini buat, ada sahaja seakan tidak kena di mata orang.

Terbaharu, kononnya disebabkan lagu ini, dan muzik videonya (MV), ada antaranya yang tidak senang duduk tengok Baby Shima. Hendak kata MV itu keterlaluan, tidak pun. Cik Bunga tengok Baby Shima masih jaga batas lagi. Tak adalah yang membuatkan mata sampai terbuntang terkejut.

Cuma kalau bab seksi itu, Baby Shima sudah memang begitu imejnya. Mungkin ramai tidak senang duduk sebab gelekkan Baby Shima? Tetapi itulah, Cik Bunga tengok biasa sahaja, tidak melampau pun.

Mungkin itulah yang dikatakan mata subjektif bukan? Ada orang tengok biasa sahaja, ada orang tengok ghairah. Entahlah. Tetapi tidak dinafikan, ada golongan yang seperti itu wujud. Dia tengok boleh jadi bernafsu, tidak tentu pasal. Obses keterlaluan. Sebab itu, Cik Bunga tidak hairan bila ada golongan lelaki yang sampai ugut-ugut Baby Shima hendak bunuh dirilah, minum racunlah. Merepek sahaja mereka ini demi mendapatkan perhatian.

Tetapi satu hal bab Baby Shima ini, Cik Bunga memang pujilah. Dia kena kritik atau kena kecam macam mana pun, dia tetap tegar.

Teguh berdiri dan jalan terus. Jenis tidak kisah orang hendak cakap apa. Baguslah. Harap yang mana kritikan membina boleh diambil, yang mana boleh dijadikan pengajaran itu ambil. Begi­tulah…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN