Spider Unplugged Concert : Penghargaan buat peminat - Utusan Malaysia

Spider Unplugged Concert : Penghargaan buat peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK kemunculan awal pada sekadar mencuba nasib atau ‘penyeri majlis’ dalam industri muzik tanah air, malah genre rock
dan elemen SKA yang diperkenalkan berjaya memahat nama untuk terus dikenang sebagai kumpulan beridentiti dan disegani.

Di bawah bimbingan Sifu Datuk M. Nasir, Spider muncul dengan karya- karya ikonik seperti Relaku Pujuk,Nazraku, Laukku Cukup Masin,
Aladdin dan beberapa seleksi lain yang sekali
gus menjadikan karya mereka sebagai naskhah rujukan buat generasi baharu pencinta muzik tanah air.

Bakal mempersembahkan sisi akustik buat julung kalinya dalam sejarah perjalanan seni mereka, Tam menegaskan kelainan yang dicipta
adalah untuk memberi keunikan berbanding persembahan konvensional yang sering diterapkan sebelum ini.

Mengakui ia bukanlah sekadar persembahan biasa, penampilan Spider kali ini dilihat lebih mencabar berbanding sebelumnya kerana umum mengetahui bermain secara akustik
perlukan ketelitian terutamanya dari sudut penerapan muzik dan vokal.

“Kami memilih konsep unplugged adalah sebagai penghargaan kepada peminat
setia. Tidak salah mencipta kelainan malah yang penting akan memberi kepuasan serta meninggalkan kesan buat peminat.

Selain itu, kumpulan ini juga banyak persembahan pernah mencipta sebelum ini jadi kami sejarah apabila mahu beri sesuatu yang
lagu Relaku Pujuk baharu untuk dikenang berjaya dinobatkan peminat kerana versi
sebagai Juara Lagu di akustik punya cabaran
tersendiri.

Perlu pentas AJL 2004 dan album Nazraku yang ada arrangement dan treatment menerima anugerah luar biasa untuk Album Pop Rock Terbaik di pentas AIM 2005.

Spider yang dianggotai berbanding show
Tam (vokal), Aie (dram), Iss( Bass) dan Pown(gitar) sepakat mengadakan Spider
Unplugged Concert di Mega Star Arena Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 dalam usaha memberi penghargaan kepada peminat yang sentiasa
menyokong kerjaya seni mereka selama ini.

Bakal mempersembahkan sisi akustik buat julung kalinya dalam sejarah perjalanan seni mereka, Tam menegaskan kelainan yang dicipta
adalah untuk memberi keunikan berbanding persembahan konvensional yang sering diterapkan sebelum ini.

Mengakui ia bukanlah sekadar persembahan biasa, penampilan Spider kali ini dilihat lebih mencabar berbanding sebelumnya kerana umum mengetahui bermain secara akustik
perlukan ketelitian terutamanya dari sudut penerapan muzik dan vokal.

“Kami memilih konsep unplugged adalah sebagai penghargaan kepada peminat
setia. Tidak salah mencipta kelainan malah yang penting akan memberi kepuasan
serta meninggalkan kesan buat peminat.

“Spider sudah buat banyak persembahan sebelum ini jadi kami mahu beri sesuatu yang baharu untuk dikenang peminat kerana versi akustik punya cabaran tersendiri. Perlu ada arrangement dan treatment luar biasa untuk membezakannya berbanding show terdahulu” ujarnya.

Konsert anjuran Naga Legend Entertainment
disifatkan sebagai satu sejarah baharu buat
Spider, memandangkan usia perjalanan seni mereka yang hampir mencecah 30 tahun.

Kelainan yang bakal ditonjolkan bukan sahaja mencipta satu dimensi baharu, malah meletakkan kumpulan ini pada satu tahap yang boleh dibanggakan.

TIDAK MAHU KONSERT TANGKAP MUAT

BUKAN ingin mendabik dada, tetapi itulah kehebatan namun peminat tetap menobatkan mereka sebagai tersendiri vang dimiliki oleh kumpulan vang berasal Johor Baharu ini.

Spider mengejar populariti melalui penghasilan karya dan kerja keras selama ini, malah
melalui penghasilan karya dan kerja keras selama malah perjalanan karier yang berliku menjadikan mereka lebih matang dalam menongkah arus untuk memahatkan nama sebaris dengan pemuzik lain yang disegani.

Jika diimbau persembahan mereka di pentas Zepp Kuala Lumpur sebelum ini, siapa sangka kumpulan yang tidak meletakkan publisiti sebagai keutamaan mampu mencatat jumlah penonton di luar jangkaan sehingga tiket yang diperuntukan habis terjual dalam waktu yang singkat.

Spider punyai peminat sejati yang tidak berbelah bahagi. Seleksi lagu ‘berhantunya’ menjadi kunci keutuhan dan keberadaan mereka sehingga ke hari ini.

Walaupun mengambil pendekatan low profile, namun peminat tetap menobatkan mereka sebagai salah sebuah kumpulan terbaik yang ada dalam kamus industri muzik di Malaysia.

Tam menegaskan bahawa mereka tidak mahu mengadakan konsert secara sambil lewa atau tangkap muat. Sentiasa kekal selektif dalam setiap persembahan terutamanya dari sudut pemilihan lagu, teknikal, sistem audio dan visual.

Sebelum menaiki pentas mereka akan memastikan perjalanan persembahan berada di tahap terbaik kerana mahu peminat benar-benar merasai kelainan dan kepuasan sepanjang konsert berlangsung.

“Apabila sudah berada lama dalam industri pastinya kita akan melakukan yang terbaik untuk peminat. Tidak dinafikan sebelum ini konsert Spider mendapat sambutan menggalakkan, jadi kita perlu cipta sisi lain yang lebih unik untuk dipersembahkan nanti,” katanya.

SEJARAH BAKAL TERCIPTA

“MUNGKIN kami akan menyanyikan lagu-lagu yang tidak pernah dimainkan sebelum ini, atau beberapa cover song yang dirasakan sesuai. Tetapi itu semua masih dalam perancangan dan perbincangan,” katanya penuh komitmen.

Menurut wakil penganjur, Fandy Alias, pihaknya teruja apabila lamaran kepada Spider disambut baik. Baginya ini adalah satu peluang buat peminat menonton sebuah naskah istimewa dari sisi berlainan daripada sebuah kumpulan yang cukup disegani.

“Konsep unplugged pertama kali kami bawakan bersama Spider dan kami yakin ia akan menjadi momen terbaik buat semua peminat. Kami mengharapkan sokongan padu untuk memastikan konsert ini menjadi satu lagi sejarah manis buat industri muzik tempatan.

“Sejarah dan naskhah baharu bakal tercipta. Selaku wakil penganjur saya yakin peminat akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi tambahan konsep diperkenalkan adalah sisi berbeza dari sebelumnya.

“Kali ini kita berhibur secara santai sambil menikmati lagu-lagu popular yang pernah membangkitkan nostalgia satu ketika dahulu,” ujarnya.

Tiket Spider Unplugged Concert sudah dibuka jualannya sejak 25 April 2025, di www.ilassotickets. com/spiderunplugged dengan harga permulaan RM198 (Aladdin – Free Seating), RM238 (Cinta Dewa Dewi – Numbered Seat), RM298 (Kasih Latifah- Numbered Seating) dan RM388 (Relaku Pujuk – Numbered Seating).

Peminat disaran bertindak pantas untuk mendapatkan tiket kerana sambutan luar biasa dijangka berlaku seperti konsert Spider terdahulu yang laris seperti pisang goreng panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN