Isteri pelakon tidak boleh terima anak tiri? - Utusan Malaysia

Isteri pelakon tidak boleh terima anak tiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Al-kisah, adalah seorang pelakon lelaki ini bercerita dengan Cik Bunga semasa kami bertemu di satu acara hiburan baru-baru ini.

Hendak kata luahan, tidak. Hendak kata sekadar berkongsi pun tidak. Sebabnya, Cik Bunga rasa dia ini lebih kepada hendak memburukkan bekas isterinya. Iyalah, kalau hal sudah lepas, mengapa pula hendak diungkit lagi perkara lama, betul tak?

Luah si pelakon suam-suam kuku ini, kononnya, semasa dia masih bergelar suami, isterinya tidak boleh menerima anak-anak hasil daripada perkahwinan terdahulunya dengan bekas isteri pertama.

Cik Bunga tanyalah, apa sebab dia jadi begitu?

“Aku pun tak tahu hendak cakap macam mana. Aku perasan dari awal kami bernikah, dia memang tidak dapat terima anak-anak aku.

“Kalau aku pergi ke rumah bekas isteri untuk jumpa anak-anak, keluar dengan anak-anak, mesti ada sahaja perkara yang cuba dicetuskannya. Sudah cuba untuk merapatkan hubungan sebagai sebuah keluarga, tetapi dia macam tak boleh terima juga,” kata si pelakon itu.

Pelakon itu mendakwa itu menjadi perkara pokok mengapa dia tidak lagi boleh meneruskan ikatan perkahwinan dengan wanita itu yang kini sudah menjadi bekas isterinya.

Cik Bunga mengangguk sahaja konon mengiyakan apa yang dikatakan pelakon itu. Walhal, dia ingat kita tidak tahu yang dia pun buat perangai juga.

Iyalah, tak jaga kebajikan isteri, tidak bertanggungjawab, asyik keluar dengan kawan-kawan sampai isteri di rumah terabai dan ada skandal di belakang isterinya tetapi dia boleh cakap yang punca perceraian disebabkan isteri tidak boleh terima anak-anak. Apa dia fikir Cik Bunga ini tidak tahu.

Cik Bunga rasa, bekas isteri pelakon ini tentu lega dan semakin tenang apabila sudah tidak lagi bergelar isteri kepada pelakon itu. Lebih baik hidup sendiri daripada hidup bersama lelaki durjana.

Sudah berpisah pun tetap mahu burukkan bekas isteri. Memang jenis manusia tidak serik dengan kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya