Kembali bertanding, kenapa Ayda Jebat? - Utusan Malaysia

Kembali bertanding, kenapa Ayda Jebat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau tidak silap, ketika tamat sebuah program hiburan berbentuk pertandingan di saluran TV3 sebelum ini, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat kononnya ada membuat kenyataan yang dia tidak lagi mahu menyertai program seumpamanya.

Kalau tidak salah, keputusan itu dibuat Ayda kerana dia sudah serik bertanding. Tidak cuma itu, ada juga cakap-cakap belakang mengatakan penyanyi ini buat keputusan begitu kerana tidak sanggup hendak berdepan dengan kekalahan.

Tidak tahulah mana satu yang betul. Bagaimanapun, tiba-tiba Ayda muncul dalam sebuah program pertandingan untuk saluran Astro yang sudah beberapa minggu ia bersiaran. Cik Bunga sebut sahajalah ya nama program itu. Ia tidak lain tidak bukan The Hardest Singing Show (THSS).

Jadi, tentulah Cik Bunga serta mereka yang pernah membaca kenyataan Ayda sebelum ini rasa pelik. Aik?

Tahun lepas kata tidak mahu masuk lagi pertandingan berbentuk realiti begini. Tahu-tahu sertai juga pada tahun ini untuk saluran stesen televisyen lain.

Jangan salah faham. Cik Bunga ini sekadar tertanya-tanya sahaja. Bukan hendak suruh dia berhenti daripada apa yang dia buat atau suka lakukan.

Lagipun, kalau ditanya pada Cik Bunga, bagus apa Ayda kembali muncul di kaca televisyen walaupun untuk program realiti dan bukannya drama.

Sekurang-kurangnya ia dapat mengubati kerinduan peminatnya yang mahu tengok dia muncul di kaca TV. Satu lagi, menerusi persembahan-persembahan yang disajikan oleh Ayda dalam program sebelum ini, Cik Bunga tahu, Ayda sejenis artis yang tidak akan buat kerja sambil lewa.

Makna kata, dalam pertandingan lain kali ini pun, dia tetap akan buat yang terbaik dan tentunya gempak.

Walaupun ada yang kata Ayda guna ‘kuasa duit’ dengan melabur banyak juga demi persembahan yang berkualiti, bagi Cik Bunga apa salahnya?

Hujung-hujung orang mahu tengok persembahan yang menarik dan menghiburkan. Kalau lemau dan membosankan, baik tutup TV dan tidur saja. Apa pun, All The Best Ayda dan semua peserta THSS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya