Apa dah jadi dengan media sosial Zamani? - Utusan Malaysia

Apa dah jadi dengan media sosial Zamani?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sudah lama juga Cik Bunga tertanya-tanya dalam hati, apa sudah jadi dengan akaun media sosial milik penyanyi yang seorang ini.

Iyalah, dulu kalau tengok Instagram Zamani, meriah juga ada gambar, ada perkongsian hantaran sama ada perihal tentang kerjayanya atau apa sahajalah. Tup tup, Cik Bunga tengok sudah tiada sangat. Statik saja tak bergerak-gerak.

Kali terakhir hantaran dibuat adalah pada November tahun lepas. Kalau peminat nak mengikuti perkembangan baharu Zamani pun, yang ada dimuat naik adalah menerusi akaun Instagram isterinya, Nur Juliana.

Sekali gus membuatkan Cik Bunga mahupun peminat-peminat lain jadi hairanlah. Kalau muat naik di akaun isteri, soalannya sekarang, siapa yang artis? Zamani ke atau isteri dia, betul tak?

Ya betul, memanglah isteri Zamani itu juga merupakan pengurus penyanyi tersebut, tetapi rasanya dah boleh kot buat akaun Instagram khas untuk penyanyi kesayangan ramai itu supaya pengikut pun tak jadi keliru.

Bila Cik Bunga tanya pada sahabat industri kenapa akaun Zamani sedia ada itu seakan tidak aktif, rupanya ia berkaitan konflik yang berlaku antara isteri Zamani dengan bekas pengurus lama penyanyi tersebut.

Cik Bunga tak pasti apa seteru antara mereka. Dengar-dengar begitu sajalah sebab tak berapa jelas puncanya. Malas nak tulis di sini takut timbul fitnah pula.

Akaun lama itu dikendalikan oleh bekas pengurus Zamani. Jadi, khabarnya, dia masih mahu pegang akaun tersebut. Tapi, Cik Bunga harap pengurus merangkap isteri Zamani pun ambil lah tindakan segera untuk wujudkan akaun baharu.

Ini semua gambar, semua perkembangan Zamani kena pergi ke akaun dia. Macam tak kenalah bukan…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya