Dua hektar hutan di Pelabuhan Klang terbakar

Dua hektar hutan di Pelabuhan Klang terbakar

Hutan terbakar
PASUKAN bomba memadam kebakaran melibatkan kira-kira 2.02 hektar kawasan hutan dekat Jalan Beringin, Pelabuhan Klang di Klang. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kawasan hutan seluas kira-kira 2.02 hektar terbakar dekat Jalan Beringin, Kawasan 13, Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.24 tengah hari tadi.

Beliau kemudian menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan dibantu BBP Sri Andalas ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komander operasi melaporkan hutan berkeluasan lima ekar (2.02 hektar). Kerja-kerja pemadaman dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa.

Seramai 14 pegawai dan anggota memadamkan kebakaran dan dibantu oleh sebuah unit Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dua tangki air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN