Penunggang maut langgar lembu lintas jalan

Penunggang maut langgar lembu lintas jalan

Maut langgar lembu melintas
KEADAAN motosikal mangsa meninggal dunia selepas bertembung dengan seekor lembu yang melintas jalan dekat jalan Dato Miskun, Jeram, Kuala Selangor, hari ini. - Gambar media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki menemui ajal selepas bertembung dengan seekor lembu yang melintas jalan ketika sedang menunggang motosikal dekat Jalan Dato Miskun, Jeram, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Jeram menghala ke Kapar.

“Sampai di tempat kejadian, mangsa melanggar seekor lembu yang melintas di laluan mangsa. Akibat kemalangan tersebut juga, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Azharudin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta isyarat lalu lintas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN