SABAK BERNAM: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga dinaiki bersama isteri dan anaknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu terbalik dekat Kampung Belia 2, Sungai Panjang di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.25 tengah hari tadi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar ke tempat kejadian. “Terdapat tiga…










