HULU LANGAT: Hujan berterusan sejak pukul 6.30 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini kembali dinaiki air. Sejak malam semalam, paras air di Batu 16 mula naik sebelum aliran air didapati menuju ke Kampung Sungai Serai pagi ini. Keadaan itu turut memberi kesan kepada laluan di kawasan Batu 11 yang sering mengalami banjir lebih lama berikutan kedudukannya yang lebih rendah dan dikelilingi banyak anak sungai. Berdasarkan data Jabatan Pengairan…










