ALOR SETAR: Suspek yang disyaki menetak abang iparnya sehingga putus kepala dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun dekat sini malam tadi direman enam hari bermula hari ini. Perintah reman ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali. Siasatan ke atas suspek yang masih bujang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi…










