SHAH ALAM: Polis menyerahkan laporan siasatan terhadap insiden pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam pada Ogos lalu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pelajar berkenaan sudah pun pulang ke rumah selepas lebih sebulan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurutnya, polis sudah pun mengambil keterangan pelajar…










