SUNGAI PETANI: “Setelah melihat guni pasir yang dijadikan benteng hilang akibat dibadai ombak, saya bergegas membawa anak dan isteri lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.” Cerita salah seorang penduduk Kampung Huma, Tanjung Dawai di sini yang mana kediaman mereka terjejas akibat fenomena air pasang besar, kelmarin. Muhammad Hanif Rosmaidi, 27, berkata, ketika kejadian, hujan lebat bermula sejak awal pagi yang kemudiannya turut disusuli angin kencang sehingga mengakibatkan ombak besar.…










