MELAKA: Kanak-kanak lelaki yang lemas akhirnya ditemui meninggal dunia selepas lebih tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini malam ini. Mangsa, Muhammad Wafi Idrian Zafran Ridwan, 12, ditemui kira-kira pukul 9.40 malam pada jarak 150 meter dari lokasi dilaporkan hilang. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Shahrom Laji berkata, dua lagi mangsa…