HULU LANGAT: Lebih 200 rumah terkesan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah ini petang semalam, termasuk di Sungai Serai dan Felda Semungkis. Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Felcra Semungkis, Abu Samah Ibrahim, 44, berkata, isu banjir kilat di kawasan itu bukan kali pertama berlaku sebaliknya sudah berulang hampir setiap tahun sejak 2017. Menurutnya, projek pelebaran sungai di kawasan berkenaan telah diluluskan dan penduduk berharap ia dapat meminimumkan risiko banjir…