MELAKA: Selepas lebih dua hari bertarung nyawa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di kolam renang sebuah inap desa di Taman Kota Shahbandar di sini, meninggal dunia pagi tadi. Bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, mengesahkan poster makluman pihak sekolah mengenai pemergian Ahmad Firdaus Iqbal. “Ya, (benar anak saya telah meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe…









