Bomba keluarkan mayat dari lubang lif bangunan

Bomba keluarkan mayat dari lubang lif bangunan

piket
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki di bangunan yang masih dalam pembinaan di Bangsar Hill Park, Lorong Maarof dekat sini berjaya dibawa keluar oleh bomba.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada polis pada pukul 4.57 petang tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketua BBP Pantai, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd. Shahrir Azizi Wan Said berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi bagi membantu polis mengeluarkan mayat.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati terdapat satu mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya berada dalam lubang shaft lif bangunan dalam pembinaan yang dipenuhi air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata, polis belum dapat mengesahkan sama ada mayat itu mempunyai kaitan dengan kes seorang pelancong warga Britain yang dilaporkan hilang sejak 27 Mei lalu di kawasan berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN