MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menangkap anjing liar yang berkeliaran di Jalan Taman Maju-Lipat Kajang, Jasin dekat sini dengan kadar segera. Tegasnya, tindakan itu perlu dilakukan segera susulan insiden menimpa seorang penunggang motosikal yang meninggal dunia, selepas melanggar haiwan itu dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, Ahad lalu. Beliau berkata, mangsa, Muhammad Nur Haikal Abdul Ghafar, 20, menghembuskan nafas…